Paten dan IP

PATEN

Patent adalah perlindungan untuk suatu ciptaan baru yang boleh digunakan dalam industri,  hakcipta adalah perlindungan untuk hasilkerja seni seperti buku, lagu dsb., rekabentuk industri (idustrial design) adalah perlindungan yg. diberi untuk "outer shape" sesuatu barangan dan cap dagangan adalah perlindungan untuk jenama sesuatu barangan atau perkhidmatan.
 
 

Intellectual Property

Intellectual property atau kekayaan intelektual meliputi banyak hal, tetapi kali ini kami akan menyajikan informasi mengenai hak cipta, trademark, dan open source.

Dibawah ini adalah kumpulan artikel mengenai intellectual property:

What are copyrights and patents
Dalam artikel ini dijelaskan tentang apa itu copyright dan apa itu paten. Dengan membaca artikel ini dapat diketahui apakah perbedaan antara paten dan hak cipta. Artikel ini juga menjelaskan mengenai hukum hak cipta di Amerika. Cara penulisan hak cipta dan apa saja yang boleh didaftarkan sebagai hak cipta juga ada dalam artikel ini. Untuk informasi lebih lanjut dapat dilihat pada http://www.howstuffworks.com/question492.htm

What is a Patent and Trademark
Artikel ini menjelaskan tentang apa itu paten, trademark, dan copyright. Dalam artikel ini dijelaskan apa saja yang boleh didaftarkan sebagai hak cipta, dan dijelaskan secara singkat bagaimana cara mendapatkan hak cipta. untuk lebih jelasnya dapat dilihat pada sini
 

Paten, Merek dan Hak Cipta nama domain dan merek
Saat ini pemasaran merek perusahaan dapat dilakukan di dunia maya dengan menggunakan media internet dan untuk itu perusahaan membuat nama domain. Maka muncullah pertanyaan seperti bagaimana dampak nama domain terhadap pemasaran merek perusahaan?, apakah ada persamaan atau perbedaan antara nama domain dan merek?. Pertanyaan-pertanyaa tersebut akan dijawab dalam artikel ini dan untuk lebih jelasnya dapat dilihat pada http://www.hukumonline.com

Produk Malaysia

Selama ini kerajaan dan menteri hanya menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dalam usaha mengatasi kesan kejatuhan nilai ringgit di samping mengurangkan bahan import.

Bagaimanapun, katanya, rakyat dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengakp serta tidak tahu mana satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat pilihan.

"Berikutan itu, Fomca dengan kerjasama semua gabungan persatuan pengguna di seluruh negara sedang mengumpul senarai bahan itu untuk diedarkan kepada pengguna.

"Senarai itu diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Lembaga Pemasaran pertanian Persekutuan (Fama) dan syarikat terbabit," katanya di sini, hari ini.

Marimuthu berkata, Fomca sejak dulu lagi menggalakkan tiga amalan diberi perhatian dalam pergerakan penggunaan iaitu beli barangan buatan Malaysia, amalan menabung atau berjimat cermat serta tidak membeli secara sewa beli.

"Jika rakyat Malaysia mengutamakan barangan buatan tempatan, terutama makanan, kita dapat menjimatkan RM1.9 bilion setahun untuk mengimport bahan itu," katanya.

Berikutan itu, katanya, pengguna dan rakyat perlu diberikan maklumat mengenai barangan buatan Malaysia dalam usaha membantu kerajaan mengatasi masalah kejatuhan nilai ringgit sekarang.

"Langkah Fomca itu dapat membantu kerajaan menggalakkan rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk import," katanya.

Beliau juga berkata tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan pendapatan dikalangan rakyat negara ini yang turut menyimbang kepada penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit.

Berikutan itu, rakyat perlu mengubah tabiat berbelanja dengan mengamalkan tabiat berhemat dalam perbelanjaan seperti menabung untuk mengurangkan kesan hutang.

Rencana Berkenaan Teknologi

Jalan hadapi dilema teknologi

Pemikiran Firdaus
Sayang sayang teknologi
Banyak guna banyak manfaat
Jika diabai kita yang rugi
Tersalah pakai membawa mudarat
``Sayang sayang buah kepayang, ditelan mabuk dibuang sayang.'' Itu adalah satu ungkapan zaman dahulu yang membayangkan keadaan yang serba salah. Atau satu gambaran daripada satu dilema. Pada zaman sekarang kita menghadapi satu dilema lain, iaitu dilema teknologi yang agak berbeza sifatnya.

Jika ``dilema buah kepayang'' meletakkan kita dalam keadaan serba salah, ``dilema teknologi'' menuntut kita bersikap bijaksana mencari keseimbangan dalam menggunakan kemudahan teknologi itu. Kita dituntut untuk bersikap bijaksana dalam menggunakan teknologi agar mendapat manfaat yang optimum dan dalam masa yang sama kita dituntut agar waspada jangan sampai menjadi ``hamba kepada teknologi'' itu.

Kemajuan teknologi yang dicapai manusia zaman ini memang sangat mengagumkan. Tetapi sekali gus juga membingungkan. Malah membimbangkan.

Pada peringkat dunia sejagat kita bimbang (dan gerun!) dengan kemajuan yang dicapai manusia di bidang teknologi senjata. Dan pada peringkat yang lebih mikro di samping merasa sangat selesa dengan kemajuan teknologi komunikasi kita juga merasa sangat resah dengan kesan-kesan sampingannya yang mengancam nilai-nilai kemanusiaan.

Komputer peribadi, terutama yang mempunyai kemudahan internet, umpamanya, adalah antara alat teknologi komunikasi yang selama ini sering disebut-sebut sebagai sangat berguna untuk pelbagai keperluan seperti untuk menerima, mengirim dan merakamkan maklumat. Tetapi dalam pada itu kita juga merasa resah kerana alat tersebut juga telah menjadi satu saluran bahan-bahan lucah dan juga telah disalahgunakan untuk tujuan-tujuan maksiat dan kemudahan perjudian.

Dan lebih merunsingkan ialah bahan-bahan lucah itu ada kalanya terpancar di layar komputer secara automatik sebaik sahaja kita membuka komputer. Ertinya bahan-bahan itu ``dipaksakan'' kepada kita walaupun kita tidak bermaksud untuk melihatnya terpancar di layar komputer.

Tetapi ada lagi satu alat baru yang lebih merunsingkan - model terbaru telefon mudah alih - dan dipercayai telah meningkatkan risiko penganiayaan terhadap kanak-kanak seperti pelacuran dan rogol. Alat baru itu dipanggil 3G yang dianggap sebagai generasi ketiga telefon bimbit yang jauh lebih maju daripada dua ``generasi'' sebelumnya.

Generasi pertama telefon mudah alih itu dipanggil sebagai selular analog dan generasi kedua dikenal sebagai perkhidmatan komunikasi peribadi digital (PCS).

Sebagai generasi ketiga tentu sahaja 3G lebih canggih, lebih efektif dan lebih tinggi daya terima serta daya kirimnya. 3G boleh berfungsi di tempat-tempat jauh terpencil yang tidak terjangkau oleh liputan generasi pertama dan PCS.

Tetapi lebih dari itu 3G juga boleh berfungsi sebagai internet dan malah juga sebagai pemancar dan penerima gambar seperti televisyen. Ertinya seseorang yang berkomunikasi menggunakan 3G boleh melihat gambar atau imej orang yang dilawannya bercakap itu walaupun dalam jarak ratusan batu.

Semua itu telah menyebabkan kumpulan-kumpulan yang prihatin, khususnya United Kingdom (UK) Children's Charity (NCH) merasa bimbang tentang kes-kes penyalahgunaan. Dari perbualan dengan Cik Cynthia Peterson, seorang wartawan/penulis yang mempunyai minat khusus terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), saya difahamkan bahawa kumpulan prihatin NCH itu mendapati bahawa kemudahan internet (dan ini sendirinya termasuk telefon bimbit 3G) telah menyumbangkan kepada peningkatan jenayah dan penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Kemudahan mendapatkan telefon mudah alih 3G itu telah memudahkan pula remaja-remaja di bawah umur 18 tahun untuk mencapai laman-laman web lucah dan perjudian di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Manakala di Jepun, menurut maklumat yang diperoleh Cynthia, 90 peratus daripada kanak-kanak yang terlibat dalam pelacuran, memiliki telefon mudah alih 3G.

Kegawatan masalah ini di UK telah mendorong kumpulan-kumpulan pelindung kanak-kanak mendesak syarikat-syarikat yang terlibat dengan pengeluaran, pengedaran dan pengendalian 3G itu supaya mengambil langkah-langkah yang berkesan menghalang remaja-remaja di bawah umur 18 tahun daripada mencapai lelaman lucah dan berunsur jenayah tersebut.

Di Malaysia setakat ini belumlah ada perangkaan yang didedahkan oleh mana-mana pihak yang mengaitkan Internet atau alat-alat komunikasi berinternet dengan kadar jenayah terhadap kanak-kanak. Dan setakat ini belumlah wujud kumpulan-kumpulan prihatin seperti di UK yang memberi perhatian terhadap masalah ini.

Tetapi pada peringkat perseorangan, atau dalam bentuk yang belum tersusun dan tidak berkumpulan, rasa bimbang dan keresahan sudah semakin meluas di kalangan pelbagai pihak termasuk ibu bapa, para pendidik, penggubal dasar dan penguat kuasa.

Begitu kesedaran (keprihatinan dan kebimbangan) juga telah semakin dirasakan oleh pihak berkuasa terutama Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (KTKM) sebagai salah satu agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal ICT.

Berbangkit daripada kesedaran itulah, barangkali, maka KTKM telah menganjurkan satu pertemuan sumbang saran Sabtu lalu. Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh pelbagai pihak termasuk ahli-ahli akademik dan para wartawan, pihak industri dan pengedar serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkenaan. Persoalan utama yang jadi pokok perbincangan ialah bagaimana kesan-kesan negatif 3G itu nanti dapat dicegah atau diminimumkan.
 
 

Imbangi globalisasi dengan kukuhkan jati diri

SETELAH detik terakhir tahun 2000 berlalu, manusia mula melalui era baru mengikut ukuran tahun Masihi, tahun 2001 pula muncul sekali gus kena berdepan dengan pelbagai keadaan yang penuh mencabar ekoran dunia pesat dengan kemajuan teknologi maklumat dalam pengglobalisasian.

Globalisasi memaksakan diri kita menanamkan jati diri agar tidak mudah diperangkap oleh faktor asing terutama perkara-perkara yang bercanggah dengan konsep, prinsip dan kaedah ajaran Islam.

Andainya jati diri masih belum diperoleh dibimbangi akan memudahkan penyerapan budaya asing serta menghancurkan segala impian.

Atau dengan kata lain, sikap kita akan terumbang-ambing.

Mengiringi langkahan tahun 2001, filem yang bertemakan keagamaan bertajuk Syukur 21 menghiasinya jendelanya.

Bagi memantapkan penjatidirian, sebagai peringatan, maka perlu umat Islam mengharungi kehidupan dunia dengan kembali kepada al-Quran, al-Hadis, Ijmak dan Qiyas. "Kamu tidak akan sesat selagi berpegang kepada kitab Allah dan Sunahku." (Riwayat Imam Malik)

Semangat ingin kembali kepada al-Quran dan al-Hadis semakin bersemarak dalam kebanyakan hati umat.

Persoalan akidah, fikah harian, fikah muamalat dan tasauf kian digemari serta kian ditekuni.

Cuma beberapa perkara umat Islam perlu melahirkan unsur penjatidirian terutama dalam pemikiran berkaitan sains dan teknologi yang tidak bercanggah dengan akidah Islam.

Di satu pihak dilancarkan Wawasan 2020 dengan pengisian Koridor Raya Multimedia (MSC) manakala pihak lain pula melancarkan Maju Bersama Islam.

Nampak saja dua konsep idea berlainan, namun mekanismenya dalam pembangunan sains dan teknologi masih bersifat perkongsian.

Mereka masih menggunakan komputer IBM yang direka oleh Barat. Pencapaian masing-masing terhad dalam bidang berkaitan.

Malah dalam hal-hal lain, kita masih ditakuk yang sama. Kekurangan pakar saintis yang mampu mengilhamkan sesuatu yang baru masih wujud.

Oleh itu, dapat dianggap masih belum mampu untuk berdepan dengan kuasa-kuasa besar.

Andainya kita sering mengkritik tentang punca kemunduran Khalifah Uthmaniyah kerana tiada pembangunan dan kemajuan dalam perkembangan sains dan teknologinya maka perlu difikirkan di manakah kita sekarang?

Apakah orang yang mengkritik sebenarnya sama dengan yang dikritik ?

Sekalipun kekuatan pembangunan keinsanan dicapai adakah boleh menghadapi negara-negara teknologi gergasi tanpa 'potensi' sains dan teknologi bersifatkan kendiri ?

Ini semua persoalan yang perlu dijawap bukan dengan hanya di atas kertas tetapi dengan cara pembuktian.

Adakah selama-lamanya kita ingin meminta sedekah kepakaran sains dan teknologi dari Barat ?

Mungkin perlu kita kembali mengintai pemikiran-pemikiran falsafah klasik (terutama aliran falsafah Isyraqi) sambil mempelajari perkembangan falsafah sains dan teknologi kini.

Dalam sains moden, teori kepelbagaian telah dibincangkan. Pro dan kontra terhadap teori sebegini dapat dilihat.

Sepatutnya umat Islam menganggap bahawa al-Quran itulah sumber segala teori-teori tetapi di manakah hendak dicari mursyid yang mampu menggali ciri kerohanian dan kejasmanian darinya secara jitu dan mendalam sebagaimana yang hampir dicapai oleh al-Imam Fakhruddin al-Razi (wafat 606H).

Dari al-Fatihah sahaja, beliau mampu mengeluarkan 10,000 perbahasan yang mencakupi semua bidang ilmu pengetahuan pada masanya.

Sekalipun al-Alusi ada mengkritik beliau namun masih menyokong cara yang dilalui oleh al-Imam al-Razi.

Ramai ulama menganggap bahawa al-Quran merupakan ayat maqru'ah (ayat yang dibaca) manakala seluruh alam merupakan ayat manzhurah (ayat yang dilihat).

Kedua-dua konsep menuju kepada kesatuan atau tauhid. Di situlah terdapat unsur teori kepelbagaian.

Bilakah kita akan bermula untuk mencari rahsia wahyu secara adil dan saksama tanpa menafikan secara total segala pentafsiran silam.

Selanjutnya, pembangunan keinsanan turut wajar ditingkatkan kerana dengannyalah maka pembangunan sains dan teknologi akan dibawa dengan lebih berkesan.

Andainya hendak mengkritik mestilah didasarkan pada ilmu pengetahuan. Semaikan sikap berdaya maju dalam segala hal. Sifat yakin yang tekad berdasarkan ilmu yang mantap dapat melahirkan keharmonian dalam tindakan.

Semoga selamat dalam mengharungi tahun-tahun mendatang.

Ulasan Produk Terkini

Konica Minolta Berhenti Mengeluarkan Produk Camera Dan Filem

 Ia berukuran 15X12.5X1.2mm ianya besar sedikit berbanding Mikro SD (Mikro SD berukuran 15×11x1mm).Terdapat penyambung untuk memudahkan penggunaanya. Penggunaan penyambung juga sama dengan kad memori Stick Duo. Adakah penyambung yang sedia ada boleh mengubahsuai kad memori mikro kepada kad memori Stick Duo. Jawapannya boleh.

Disini gambar akan akan dapat dilihat apabila penyambung dicucuk kepada kad memori stick Duo (penyambung sama saiz dengan kad memori Stick Pro).Kad 256mb dan 512mb siri baru akan dikeluarkan pada mac, sementara kad memori 1gb siri baru dijangka keluar pada Julai 2006. Tapi sudah tentu, sekiranya ada apa-apa lain lagi tengok tarikh kehadapan.

Kamera Digital Casio Exilim EX-Z750 di Malaysia.


 Kamera Digital Casio Exilim EX-Z750 dengan resolusi 7.2 megapixels memberikan anda gambar yang sangat cantik. Anda juga dapat mencipta 4″ x 6″ foto atau membesarkan imej sebesar saiz poster. 3x optikal zoom pada kamera ini memudahkan anda memfokus imej dangan betul sebelum menangkap gambar dan tambahan 8x digital zoom juga memberikan anda perincian yang tepat pada gambar sebelum dan selepas menangkap gambar. Selain itu, dengan adanya 2.5″ LCD skrin ia akan memudahkan anda ketika melihat kembali imej yang telah diambil dan scene mode akan menyediakan kamera beroperasi dengan baik bergantung pada keadaan menangkap gambar. Anda tidak perlu menyesuaikan kamera ini secara manual-hanya perlu memilih mode dan mula menangkap gambar. Pilih dari Multitude modes untuk memilih penyesuaian terbaik pada gambar yang ingin diambil setiap masa.

Apabila ’snapshot’ yang ingin anda ambil tidak mencukupi, anda boleh merekod klip video terus ke kad memori dengan menggunakan format MPEG-4 sementara movie berkualiti tinggi boleh diambil dalam VGA bersaiz (640 x 480 pixels) pada 30 frame per saat. Di dalam kamera ini telah direka mikrofon untuk memastikan bunyi movie sebaik sepertimana yang dilihat. Antara ciri lain pada kamera ini ialah ‘Photo Stand’ dimana ia akan memberikan imej ’slideshow’ secara automatik pada skrin monitor ketika mendengar audio atau bunyi pada data yang telah direkodkan. Anda juga boleh mgambil gambar sehingga 325 gambar dengan sekali mengecas bateri. Kamera digital Casio Exilim EX-Z750 ini boleh disambungkan ke mana-mana PictBridge untuk mencetak gambar tanpa menggunakan komputer.

 Sudah terdapat 3 jenis kad memori iaitu kad memori yang asal, kad memori Stick Pro dan kad memori Stick Duo. Tapi bagi Sony ia masih tak memadai . Dengan itu Sony akan memperkenalkan kad memori Stick Mikro diantara bulan Mac dan Julai 2006.


 
 
Hakcipta © 2006 - 2007 Sekolah Menengah Teknik Gerik. Hakcipta Terpelihara