|
APA YANG
PERLU ANDA TAHU TENTANG PRODUK PELABURAN
Panduan
ini bertujuan untuk mengetengahkan pelbagai faktor yang perlu diambilkira
sebelum anda membuat sebarang keputusan untuk melabur. Faktor-faktor penting
seperti yuran, risiko, ciri-ciri produk dan juga situasi kewangan peribadi
anda harus diteliti dahulu supaya dapat mengelakkan kesilapan-kesilapan
dalam pelaburan yang biasa dialami.
Membuat
Keputusan Melabur Dengan Lebih Bijak
Terdapat
pelbagai banyak pelaburan kewangan yang boleh anda pilih sehingga adakalanya
mampu menimbulkan kekeliruan. Namun demikian, anda boleh membuat keputusan
yang bijak hanya dengan bertanyakan soalan-soalan yang tepat dan bekerjasama
dengan rapat dengan bank atau penasihat kewangan anda.
Memilih
Pelaburan Kewangan
Memutuskan
sebuah pelaburan tidaklah harus berdasarkan sepenuhnya kepada potensi pulangannya
sahaja. Jika demikian, anda mungkin perlu mengambil risiko berlebihan yang
tidak sejajar dengan kemampuan kewangan dan emosi anda. Anda harus melabur
hanya jika pelaburan itu memenuhi matlamat pelaburan, jangka masa dan toleransi
risiko. Izinkan wakil penasihat kewangan anda untuk mengendalikan analisa
keperluan kewangan untuk mengenalpasti pelaburan yang sesuai dan jumlah
yang harus dilaburkan. Analisa keperluan kewangan ini adalah proses yang
mudah:
1.
Wakil penasihat kewangan berdaftar anda akan membantu menentukan tahap
kewangan anda yang terkini, jumlah risiko yang mampu anda tangani dan juga
jangkamasa pelaburan dan matlamat.
2.
Anda boleh membantu wakil tersebut untuk mengendalikan penilaian yang tepat
tentang situasi anda dengan menyediakan keterangan yang betul dan menyeluruh
tentang kedudukan kewangan terkini dan keperluan masa depan anda.
3.
Wakil itu kemudiannya akan menyarankan pelaburan yang sesuai dan menerangkan
sebab ianya sesuai dengan situasi anda.
Memahami
Pelaburan Itu
Kenapa
pelaburan ini sesuai untuk anda? Apakah risiko dan habuannya? Berapakah
yuran pembayarannya? Ini adalah contoh soalan-soalan yang penting yang
perlu dijawab. Wakil penasihat kewangan anda akan menolong untuk menjelaskan
isu-isu penting ini:
1.
JENIS
Wakil
anda akan menjelaskan jenis pelaburan yang disarankan kepada anda. Misalnya,
sama ada ia amanah saham atau polisi insuran hayat.
2.
FAEDAH
Wakil
anda juga akan memberikan butir-butir tentang ciri-ciri unik pelaburan
dan faedahnya. Beliau akan menolong anda untuk memahami bagaimana produk
itu dapat memperbaiki keadaan kewangan anda. Anda juga akan diberitahu
tentang jumlah dan masanya pembayaran faedah harus ditunaikan.
3.
RISIKO
Risiko
adalah sesuatu yang datang dengan setiap pelaburan. Anda perlu membuat
pertimbangan tentang potensi kemerosotan sesebuah pelaburan itu dan apa
akan terjadi dalam senario yang tidak diingini. Wakil anda akan memberikan
tanda-tanda jelas tentang tahap risiko pelaburan dan mengenalpasti faktor-faktor
yang boleh menjejas pulangan yang sepatutnya diperolehi.
Anda
akan dinasihatkan sekiranya sesebuah tahap risiko itu bersesuaian berdasarkan
analisa keperluan kewangan yang telah dikendalikan.
4.
YURAN
Keuntungan
atau kerugian bersih pelaburan anda juga bergantung separuhnya kepada yuran
yang dibayar. Anda akan dimaklumkan kekerapan, jumlah dan jenis yuran dan
pembayaran. Sebahagian daripada yuran yang harus ditanggung ini termasuklah
bayaran pendahuluan untuk penjualan, yuran pengurusan, yuran pentadbiran,
bayaran insuran, yuran penggantian dan bayaran penebusan.
5.
KEPAKARAN
Anda
memerlukan jaminan yang wang anda diuruskan dengan baik. Sekiranya anda
disarankan melabur dalam Amanah saham, anda akan dilengkapi dengan keterangan
tentang pengurus wang yang menguruskan pelaburan itu. Sekiranya anda disarankan
polisi insuran pula, butir-butir tentang pengurus wang dan syarikat penaja
jamin akan diberikan kepada anda. Perhubungan mereka dengan penasihat kewangan
dan jumlah bayaran kepada penasihat kewangan itu akan diberitahu kepada
anda.
6.
JAMINAN
Sesetengah
amanah saham atau polisi insuran hayat memberi jaminan modal atau sebahagian
daripada pulangan pelaburan. Anda akan diberitahu tentang jumlah yang yang
dijamin dan jumlah yang tertakluk kepada naik turun pasaran. Anda akan
diberikan pengesahan bertulis mengenai modal terjamin, pulangan atau faedah
dan juga butir-butir tentang penjamin.
7.
PENEBUSAN DAN TUNTUTAN
Wakil
anda akan menerangkan bila anda boleh mengeluarkan sebahagian atau kesemua
wang dalam pelaburan anda, dan menjawab soalan-soalan berikut:
Apakah
terdapat denda untuk penebusan awal?
Dalam
keadaan yang bagaimana anda boleh membuat tuntutan faedah insuran? Berapa
cepat anda boleh mendepatkan wang anda? Anda harus mendapatkan keterangan
penuh tentang prosedur, bayaran dan sekatan untuk pengunduran, penyerahan
dan tuntutan.
8.
AMARAN, LARANGAN DAN PENAFIAN
Kebanyakan
pelaburan akan disediakan dengan senarai amaran, larangan dan penafian.Wakil
anda akan menjelaskan supaya anda tahu akan batasanbatasan produk yang
disarankan. Anda harus baca dengan teliti segala syarat-syarat dan keterangan
yang lain. Segala ketidakpastian haruslah dijelaskan oleh wakil anda.
9.
LAPORAN
Sebagai
seorang pelabur, anda berhak menerima laporan pelaburan dengan tetap. Anda
akan diberitahu berapa kerap laporan ini disediakan dan di mana anda boleh
mendapatkannya.
Kajian
Semula yang Terakhir
Apabila
anda telah berpuashati dengan saranan tentang pelaburan mana yang sesuai,
anda akan diberikan satu set dokumen untuk dikaji semula. Mereka adalah:
- Satu
rumusan tentang maklumat yang telah anda sediakan mengenai objektif pelaburan,
situasi kewangan dan keperluan peribadi anda.
-
- Satu
salinan prospektus (untuk amanah saham)
- Satu
salinan Panduan Anda untuk Insurans Hayat,
Rumusan
Produk dan Ilustrasi Faedah (untuk polisi -
insurans
hayat)
Wakil
anda akan meneliti dokumen-dokumen itu bersama anda, termasuk klausa-klausa
tersembunyi. Baca dokumen-dokumen tersebut dengan rapi dan simpannya dengan
cermat untuk rujukan pada hari muka.
Hapuskan
Segala Kemusykilan
Beritahu
wakil anda jika terdapat sebarang kenyataan yang disebutkan dalam risalah
ini yang belum dibincangkan atau diterangkan kepada anda. Usah teragak-agak
untuk mengajukan soalan kepada wakil anda jika mempunyai sebarang kemusykilan.
Membuat
pelaburan
Anda
seharusnya membuat pelaburan hanya setelah benar-benar faham tentang produk
tersebut dan yakin bahawa ia sesuai dengan keadaan anda. Ingatlah, pilihan
pelaburan anda mesti sesuai dengan kedudukan kewangan semasa anda, matlamat
pelaburan dan tahap toleransi risiko.
Jika
Anda Bertukar Fikiran
Jika
anda bertukar fikiran setelah membuat pelaburan, anda mempunyai pilihan
untuk menarik diri semasa dalam tempoh dingin. Untuk amanah saham, anda
boleh mendapatkan wang anda kembali termasuk sebarang bayaran jualan jika
anda membatalkan pelaburan tersebut dalam tempoh tujuh hari selepas pembelian.
Jika anda sedang membuat pelaburan tambahan ke dalam amanah saham milik
anda, pilihan untuk membatalkan tidak diberikan kepada anda. Anda harus
menanggung segala kerugian yang timbul dari kejatuhan nilai pasaran pelaburan
anda. Sebarang peningkatan dalam nilai pasaran tidak akan dibayarkan kepada
anda.
Untuk
membatalkan polisi insurans, anda mempunyai tempoh dingin 14 hari daripada
hari anda menerima kontrak polisi tersebut. Anda akan menerima bayaran
balik sepenuhnya kecuali jika terdapat pembayaran perubatan dan sebagainya
yang telah dibayarkan oleh syarikat insurans anda. Anda harus menanggung
segala kejatuhan nilai pasaran polisi anda.
Ambil
Pandangan Jauh
P
ilihan
untuk pelaburan yang bersesuaian boleh meningkatkan kesejahteraan keadaan
kewangan anda. Maka itu, ambillah masa dan berusahalah untuk membuat pilihan
dengan teliti. Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan yang rapi, pelihara
pelaburan anda dan biarkan masa menyebelahi anda. Anda harus menyemak pelaburan
anda dengan wakil anda secara tetap dan buatlah penyesuaian untuk memenuhi
perubahan keperluan dan keadaan peribadi anda.
Hubungan
Berfaedah
Setiap
orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza. Suatu pelaburan yang sesuai
untuk orang lain mungkin tidak akan sesuai bagi diri anda. Bekerjasamalah
dengan bank atau wakil penasihat kewangan anda dalam membuat pemilihan
untuk pelaburan. Anda boleh mengurangkan risiko dan meraih faedah yang
banyak daripada pelaburan anda.
Usulan
yang khusus dari wakil dan dasar untuk usulan tersebut. |