|
SEBAHAGIAN PRODUK
KESIHATAN DI MALAYSIA
-
VITACOOL-
"untuk berhenti merokok, untuk melindungi perokok parti kedua. Kesihatan
untuk perokok, dan perokok yang pasif dengan menukar nikotin kepada vitamin
B3."
-
Vivida
Benelink Sdn Bhd- Jawapan anda untuk mempermudakan kulit
-
Supreme
Marketing Concept (M) Sdn. Bhd.- "Seminar produk melansingkan badan.
Jagaan kesihatan, kulit, rambut dan jagaan auto."
-
Tanjong
Ara Enterprise - Pengedar Koyok Penyerap Toksin Juekitakara- Juekitakara
- produk kesihatan unik, sejenis koyok penyerap toksin melalui tapak kaki.
Sangat berkesan dalam menyerap toksin badan, menghilangkan kesakitan dan
bengkak akibat sakit sendi, sakit pinggang, gout, rheumatik arthritis,
sakit bahagian tapak kaki dan bengkak gusi.Boleh membantu mengurangkan
tekanan darah tinggi dan sakit buah pinggang. Mempunyai kaitan dengan kaedah
perubatan refleksologi tapak kaki.
-
Penjagaan
Kesihatan menerusi Kebahagiaan Seksual- bukan laman lucah atau seks
tetapi tentang produk untuk kepuasan seksual suami isteri. menopaus atau
andropaus boleh terangsang dan klimaks. sex yg sihat dgn alga shoushma
dapat merawat pelbagai penyakit zahir batin kedua pihak. sentiasa seperti
malam pertama di ranjang
-
NUTRILITE
: Untuk Kesejahteraan Kesihatan Keluarga- Produk eksklusif Nutrilite
untuk kesejahteraan kesihatan yang berpanjangan, sesuai untuk seis keluarga.
-
Nyonya
Manis Sdn Bhd- "Resipi tradisional yang terbaik untuk kesihatan dalam
makanan dan minuman - teh, halia, madu, barli, dan jeli' Gamat' . Hubungilah
sekarang!!"
-
Oze
Marketing Sdn Bhd Online- "Kami ialah pengimport dan pengedar ubat-ubatan
seperti Cogent db, Pankaja Kasthuri, tambah, kasthuri Terompah, dan Sabun
Herba di Malaysia."
-
Kurangkan
Lilitan Pinggang Anda Dengan Segera !!- Ranngkaian produk kami ternyata
berkesan dan mampu bersaing. Sila Klik laluan ke lelaman kami di Clique
Option dotCom dan anda boleh juga membuat tempahan secara online.new
-
"Allergy
Limited, LLC"- "Deman Hay (allergy) penggunaan terbukti mengurangkan,
sneezing, running nose, congestion. Kesan dapat dilihati selepas setahun
penggunaan juga. Baru & semulajadi."
-
"Biochemical
Systems, Clinical diagnostic products for human"- "Pengeluar dan penjual
peralatan dan lengkapan untuk bahan kimai klinik dan Hematologi pembilang
sel, bahan kimia kering (reflectometer dan strip), ujian jeram dan air."
-
"Laboratorios
Fedra,S.A."- Pembuat dan penjual ubat untuk kegunaan veterinari.
-
a1health
- Discounted Neways Health Care Products- Edisi khiasat dan alat persolek
dengan ramuan sihat tambah herba Dinasti Ming. Tidak ada bayaran kapalan.
-
Alga
Harmonise Sexual Treatment- Penjagaan kesihatan melalui kebahagiaan
seksual. A product of France and Swiss formula. Tight – Strong
– Extra Pleasure. Never pass a night without ALGA SHOUSHMA. Every
night is a best night. Spice up your sex life and boost up your sex drive.
Perform better and longer in bed. All natural, safe and effective, the
ultimate pleasure in heaven
-
Eu
Yan Sang - Traditional Herbal Specialist- Warisan tradisional membekal
dimana ia ubat Cina yang paling baik kepada penggunanya. herba. Menunjukkan
sifat penyayang Eu YanSang yang telah dibuka selama 100 tahun.
-
F.E.Venture
(AP) Sdn Bhd- "Pengkilang dan pengekspot barangan penjagaan kesihatan
yang berkualiti, ubat akar-akar tradisional, rumahtangga, minyak wangi
berjenama."
-
Global
Nutrients- Menawarkan vitamin kualiti tertinggi dan supplemen zat dengan
harga paling rendah melalui pesanan mel . 1-800-637-7085
-
Healthcare
Consultant- Gabungan sistem informasi perubatan untuk hospital dan
klinikk. Kami juga memberi nasihat kesihatan dalam jurutera hospital.
-
HIV/AIDS
Proven alternative treatment "Ujian klinikal mengesahkan potensi penambahan
keaslian dalam peningkatan CD$, CD8, berat, WBC, dan penyelesaian Beban
Virus."
|
FAQ
Penyakit Lazim
Q:
Saya ingin tanya sama ada Minoxidil boleh didapati di farmasi?
A:
Ubat ini memerlukan slip preskripsi daripada seorang doktor dan ia harus
digunakan di bawah pengawasan doktor. Walau bagaimanapun, ubat ini terbatas
jika anda alah dengan ubat ini.
Q:
Sila beri penerangan tentang produk/bahan yang sesuai untuk menangani masalah
bau badan. Dan Apakah perbezaan di antara antiperspirant dan deodorant?
A:
Antiperspirant adalah bahan yang menyekat pengeluaran peluh. Ia hanya digunakan
untuk beberapa jenis penyakit. Deodorant pula adalah bahan yang menghilangkan
bau. Namun bau itu disebabkan oleh kuman/fungus yang ada dalam peluh. Ini
juga perlu diberikan perhatian.
Dari segi
fungsi, ubat antiperspirant adalah sama dengan ubat deodoriser sekiranya
kedua-duanya digunakan untuk menghilangkan bau.
Ada
perbezaan antara antiperspirant dan deodorant. Antiperspirant akan membunuh
bakteria yang menyebabkan bau. Deodorant lebih bersifat pewangi.
Saya
berpendapat bahawa jika masalah bau disebabkan oleh peluh, maka bersihkan
sahaja bahagian itu dengan sabun dan insyaAllah ia akan hilang. Tidak perlu
memakai apa-apa ubat.
Sekiranya
peluh itu disebabkan oleh penyakit maka dapatkan rawatan doktor supaya
keadaan itu dapat dipulihkan.
Seperti
yang saya nyatakan tadi, bau itu disebabkan oleh bakteria/fungus yang hidup
di rongga peluh dan bawah kulit. Jika disebabkan jangkitan fungus maka
gunalah ubat-ubatan antifungal. Dapatkan daripada farmasi.
Jika
perlu dapatkan produk yang berupaya untuk membunuh kuman/fungus, menghilangkan
bau dan mempunyai bahan pewangi.
Q:
Apakah jenis ubatan yg senang didapati di farmasi yang pada kiraannya amatlah
mujarab untuk merawat panau? Adakah panau ini berjangkit?
A:
Trosyd atau Ketoconazole adalah memadai untuk merawat panau. Cuma saya
ingin berpesan bahawa ia akan memakan masa 4-6 minggu untuk benar-benar
hilangkan panau.
Ubat-ubatan
ini boleh diperolehi daripada kedai farmasi. Tanyalah kepada ahli farmasi
di sana
Q:
Bolehkah dua jenis ubat yang berlainan (ubat moden dan ubat tradisional)
diambil secara serentak sama ada untuk penyakit yang sama atau dua penyakit
yang berbeza?
A:
Perkara yang dibangkitkan ini adalah satu perkara yang berlaku setiap masa.
Masyarakat kita masih lagi mengamalkan cara begini atas kepercayaan dan
amalan yang diwarisi turun temurun.
Pendapat
saya adalah:
1.
Bila menggunakan rawatan ubat-ubatan moden seboleh-bolehnya jangan menggunakan
ubat-ubatan tradisional dalam masa yang sama lebih-lebih lagi bagi ramuan
yang di makan. Ia boleh mengakibatkan interaksi ubat-ubatan atau kimia.
2.
Bagi penyakit kronik seperti darah tinggi, jantung, diabetes, asthma dll
jangan sekali-kali tidak mengambil ubat-ubatan yang diberikan doktor kerana
kajian-kajian terhadap keberkesanan ubat-ubatan ini telah teruji. Sekiranya
perlu, ubat tradisional diambil sebagai tambahan itupun tertakluk kepada
kemungkinan akan berlaku interaksi ubat-ubatan.
3.
Sekiranya masih mahu menggunakan ubat-ubatan tradisional, gunakan ubat-ubatan
yang telah didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
4.
Dapatkan ubat-ubatan tradisional daripada sumber atau premis yang berdaftar.
Ini memudahkan tindakan sekiranya berlaku sesuatu.
5.
Apapun rawatan alternatif, bolehlah diamalkan asalkan ia didapati daripada
perawat yang berwibawa.
6.
Bagi orang Islam, pastikan rawatan alternatif itu tidak bercanggah dengan
akidah Islamiah.
Q:
Is that harmful to take pills together with bicarbonate drinks such as
coca-cola?
A:
This question relates to what we call drug-food interaction. There are
not many studies related to this matter at the moment and it's not conclusive.
As
a binding principle, I strongly advise to take medicines with just plain
water instead of beverages including bicarbonated drinks,coffee and tea
unless indicated by the doctor/pharmacist.
Q:
Seseorang itu mengandung tetapi dia sering pening kepala, untuk melegakan
sakit kepala dia sering makan panadol yang biasa di jual di kedai, adakah
tindakannya itu memberi kesan kepada kandungannya?
A:
Setakat pengetahuan saya, ubat paracetamol atau panadol ini adalah selamat
digunakan semasa mengandung. Sungguh pun begitu kita harus berhati-hati
menggunakannya. Makan hanya bila perlu sahaja. Dan ikutlah dos dan peraturan
yang disyorkan. Jangan lebihi dos yang disyorkan.
Q:
Can antibiotic be taken regularly?
A:Yes,
you need to take antibiotics regularly WHEN the doctor prescribed them
to you over a period of time through a prescription. The usual duration
is at least five days depending on the severity and type of the bacterial
infections. You have to finish the medicines before or after meals depending
on the class of antibiotics. If you have any allergy to any class of antibiotic,
please inform the doctor/pharmacist.
Q:
What will happen if we do not finish the antibiotic given by doctor? Is
it harmful to our body system?
A:
Yes, it will harm the body. As I mentioned before, antibiotics are used
to treat bacterial infections that is to kill the bacteria (for bactericidal
antibiotics). This can only be achieved when the dose is strong enough
and also there is adequate contact time to kill them. If you stopped earlier
then not all the bacteria will be killed and the remaining ones will develop
resistance to the antibiotic used. This will harm the body. Later on, when
you have another infection, the dose of the antibiotic may need to be increased
or a more potent antibiotic is needed to kill the bacteria.
Q:
How to quit smoking?
A:
Yes ... it takes a lot of effort. it is never easy to stop smoking. Most
people never succeed the first time around. But the motto is "Quit and
Quit again".. meaning keep trying..
Sometimes
seeing a counsellor or a doctor will help and give you guidance.. Getting
your family to support you is essential.. It is difficult to do it alone..
You ma need hlp from you colleagues as well.. Let people know that you
are no longer a smoker... Scaling down your smoking never works...you have
to pick a day and stop altogether...
Divert
your attention to something else... try avoiding situations that cause
you to smoke.. as you mentioned... maybe surf less internet!!..do something
else with your family..
Your
doctor can help you too.. many people ask me about nicotine replacement
therapy.. yes it can help you but it is not the answer to your smoking
problems.. It will only help you succeed.. Most are not cheap either...
So
discuss with your close ones and see your family doc.. tell him you want
to stop smoking...
Lastly,
the most important of all...YOU YOURSELF HAVE TO BE SERIOUS.....most people
are not serious but only will do it because so and so forces me!!.. Do
it for yourself..
Q:
Secara pengetahuan saya sesetengah penyakit kanser mula dari turun temurun
betulkah?
A:
Memang sesetengah barah mempunyai sifat keturunan yang tinggi seperti barah
buah dada. Namun kebanyakan disifatkan sebagai multifactorial iaitu bukan
genetik sahaja tetapi alam sekeliling dan pemakanan.. eg barah kulit apabila
terdedah kepada cahaya matahari terlalu banyak.
|
Senaman dan Riadah
Senaman
Ke Arah Kesejahteraan Diri di Hari Tua
Kebaikan
Senaman
-
Meningkatkan
kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri
-
Menguatkan
otot-otot jantung dan paru-paru
-
Memperbaiki
sistem penghadaman dan selera makan
-
Menigkatkan
daya ketahanan badan
-
Mengekalkan
kekuatan otot dan tulang untuk memudahkan pergerakan
-
Mencapai
dan mengekal berat badan unggul
-
Membantu
tidur dengan lebih lena
-
Memperbaiki
peredaran darah dan melindungi dari serangan sakit jantung
Apakah
Senaman Yang Sesuai Untuk Warga Tua
-
Berjalan
perlahan/berjalan dengan pantas
-
Boleh
dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tempat yang selamat
-
Senaman
yang menggunakan alat-alatan Mengayuh basikal
-
Boleh
dilakukan di dalam rumah dengan menggunakan basikal khas atau basikal biasa
di luar rumah
-
Senaman
secara berkumpulan sangat menyeronokkan
Senaman
regangan
-
Lakukan senaman regangan setiap hari
Regangan
Kepala Dan Leher
Tunduk
dan dongakkan kepala
Meringkan
kepala hingga telinga mencecah ke bahu kiri dan kanan
Pusingkan
kepala anda ke arah bahu kanan
Regangan
Bahu
Putarkan
bahu anda ke arah hadapan
Kemudian
ke arah belakang
Naik
dan turunkan bahu anda
Putarkan
bahu anda arah ke hadapan, kemudian ke belakang
Regangan
Tangan
Angkat
dan turunkan tangan anda dengan meluruskan siku anda
Dengan
siku dibengkokkan, gerakkan tangan ke kanan kemudian ke kiri
Gerakkan
tangan yang digenggam ke kanan, kemudian ke kiri
Regangan
Jari
Pegang
hujung jari dan tarik perlahan-lahan
Gengam
dan buka genggaman
Pusingkan
tapak tangan anda ke bawah
Buka
dan jarakkan ibu jari dan jari, kemudian tutup dan rapatkannya
Regangan
Kaki
Duduk
dengan bersilang lutut. Putarkan pergelangan kaki mengikut putaran jam,
kemudian sebaliknya
Naikkan
kaki anda untuk meluruskan lutut
Gerakkan
kaki anda ke sisi kemudian bawakan kaki kembali ke tengah
Duduk
dengan lutut bersilang. Gerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah di pergelangan
kaki
Gerakkan
kaki anda ke depan dan letakkan tumit kaki di atas lantai
Jika
kaki anda tidak boleh digerakkan, silangakan kaki yang sakit ke atas kaki
yang baik dan putarkan pergelangan kaki dengan tangan
Senaman
Badan, Paha dan Kaki
Memindahkan
berat badan anda ke punggong kiri untuk mengangkat punggong kanan
Kemudian
pindahkan berat badan anda ke punggong kanan untuk mengangkat punggong
kiri
Tunduk
ke depan dengan perlahan
Kemudian
angkat secara perlahan sehingga anda duduk tegap
Angkatkan
lutut anda seperti dalam pembarisan. Ulangi dengan kaki sebelah lagi
Regangan
Semasa Berbaring
Berlatih
berpusing di tilam. Baring dengan membengkokkan lutut. Genggam kedua tangan
anda dan arahkannya ke siling
Palingkan
kepala ke sebelah. Bawa genggaman tangan anda ke sebelah yang sama dengan
bahu di hadapan. Kemudian arahkan pinggang ke sebelah yang sama
Ulangi
dengan yang sebelah lagi
Berbaring
dengan membengkokkan lutut dan letakkan tangan disisi
Naikkan
paha dan punggong anda dengan menolak kaki ke bawah
Biarkan
lutut yang bengkok bersama, pusingkan paha dan lutut ke kanan
Kemudian
ke sebelah kiri
|
| Panduan
Berdiet
Gemuk???Ahh!! Semua wanita
takut gemuk. Tapi tak semua wanita yg bernasib baik sentiasa kekal langsing
dan kurus. Jadi, cara yg paling baik ialah mengamalkan pemakanan yg sihat
dan juga gaya hidup sihat.
1) Janganlah terlalu memikirkan
masalah berat badan sehingga mengganggu ketenteraman fikiran. Di sini terdapat
tip-tip bagi anda yg sedang berdiet.Jgn asyik menimbang berat badan. Ini
dah termasuk dalam kategori masalah psikologi. Tak elok tu...Kalau timbang
berat turun..tak apa.Tapi kalau tak turun..tentu kecewa, kan? Jadi cara
paling baik ialah menimbang berat badan tidak lebih dari sekali saja dalam
seminggu. Jika naik atau turun, barulah nampak perubahannya.
2) Sibukkan diri anda dengan
hobi menarik, terutama sekali jika anda sedang menjalani program diet baru.
Ini akan mengelakkan diri anda dari asyik memikirkan keberkesanan program
tersebut atau makanan yg enak-enak.
3) Makanlah sarapan pagi
awal2. Jgn cuba elakkan sarapan pagi kerana ia adalah jadual makan yg paling
penting.
4) Bacalah nutrisi di label
pemakanan sebelum memakan makanan yg dibeli. Elakkan memakan makanan yg
berlemak atau berkalori tinggi. Paling baik, makanlah makanan yg banyak
serat.
5) Buat target berat badan
yg realistik utk dicapai dan buatlah perancangan yg sesuai. Jgn memaksa
diri anda mencapai target yg tak logik utk dicapai dlm masa yg cepat.
6) Bagi ganjaran pada diri
anda sekiranya target tercapai. Contohnya, memakan satu bar cokelat yg
sedap. Perlu diingat, sekali-sekala memakan makanan yg sedemikian tidak
mengapa.
7) Positifkan diri! Yakin
anda mampu mengurangkan berat badan.
8) Rajinkan melakukan senaman
seperti sit-up. Jika mampu, berkunjunglah ke gym yg berdekatan. Senaman
membentuk otot yg sihat. Otot membakar lemak.
9) Ubahkan corak pemikiran
anda. Jgn terlalu obses utk kurus. Sebaliknya cuba lebih menghargai bentuk
badan anda dan bersyukur dgn anugerah Tuhan.
10) Turun 1 kg dalam sebulan
secara tetap adalah lebih baik daripada turun berat badan yg banyak secara
drastik dan mendadak. Ini boleh mengganggu kesihatan anda dan mungkin jikalau
anda berhenti diet, berat badan anda akan naik pula dgn mendadak. Malah
mungkin lebih teruk dari dulu. Oleh itu, jgn kecewa jika berat badan anda
tidak turun dgn cepat.
11) Dapatkan nasihat doktor
sebelum membuat keputusan utk membeli produk diet dan pil-pil diet yg banyak
di pasaran dan farmasi. Preskripsi doktor adalah lebih selamat dari mendengar
cakap2 kawan atau jurujual di kaunter jualan yg bermulut manis.
12) Jgn mudah terpedaya dgn
iklan2 merampingkan badan atau produk2 utk kurus yg berlambak sekarang.
Kebanyakannya adalah indah khabar dari rupa dan tak sesuai utk kita. Malah
ada yg menipu. Banyak wang yg dilaburkan tetapi hasilnya tak seperti yg
dijanjikan.
13) Makan malam awal, sebaik-baiknya
sebelum atau pada pukul 7.00 malam. Jgn memakan makanan yg berat selepas
waktu itu kerana kadar metabolisma yg rendah pada waktu malam akan menyebabkan
makanan disimpan sebagai lemak. |
-
INSURANS
-
-
Apa
itu Insurans?
-
-
Apabila
anda membeli polisi insurans dengan membayar premium kepada syarikat insurans
anda telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang akan berkewajiban
membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila berlaku sesuatu
kemalangan atau kematian terhadap anda.
-
-
Apakah
jenis-jenis insurans ?
-
-
Terdapat
berbagai-bagai jenis insurans untuk melindungi anda dari semua jenis risiko
seperti insurans nyawa, insurans kenderaan dan insurans kebakaran.
-
-
Semua
jenis insurans termasuk insurans motor bertujuan menolong anda mengurangkan
atau menampung kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kecelakaan.
Oleh itu, sebuah polisi insurans sebenarnya merupakan sesuatu kontrak di
antara pihak syarikat insurans dan pihak pengguna bahawa pampasan akan
dibayar jika kecelakaan atau kemalangan yang disebutkan di dalam polisi
itu berlaku. Walau bagaimanapun, pampasan hanya akan dibuat bergantung
kepada premium yang dibayar.
-
-
Insurans
Nyawa
-
-
Tujuan
insurans nyawa ialah untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak dan
tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika beliau
meninggal dunia. Insurans penggal memberi perlindungan insurans untuk beberapa
tahun yang ditetapkan (term). Jika pemegang polisi meninggal dunia dalam
tempoh itu, keluarga beliau akan mendapat jumlah yang diinsuranskan. Tetapi
jika pemegang polisi tidak meninggal dunia dalam jangka masa yang ditetapkan
itu, beliau tidak akan mendapat apa-apa dari syarikat insurans berkenaan.
Keistimewaan insurans penggal adalah premium yang dibayar adalah lebih
rendah berbanding dengan insurans lain.
-
-
Untuk
jenis insurans yang lain seperti insurans endowmen, polisinya ialah untuk
jangka waktu tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang diinsuranskan
pada akhir tempoh yang ditetapkan.
-
Walau
bagaimanapun, sekiranya pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh
yang ditetapkan, keluarganya berhak menerima bayaran daripada polisi tersebut.
Bagi polisi insurans nyawa seumur hidup, pemegang polisi membayar premium
untuk seumur hidup. Apabila pernegang polisi meninggal dunia, keluarga
beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang diinsuranskan. Jika pemegang
polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30 tahun, sebelum kematiannya
seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan mendapat balik sejumlah
wang yang tertentu - iaitu jumlah yang beliau telah bayar campur dengan
sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans berkenaan.
-
-
Jenis
insurans yang akan memberi faedah adalah satu polisi yang dapat memberi
perlindungan maksimum dengan kos yang minimum.
-
-
Untuk
maklumat lanjut tentang insurans hubungi :
-
-
1. Persatuan
Insurans Am Malaysia
-
Tingkat 3, Wisma PIAM
-
150 Jalan Tun Sambanthan
-
50470 Kuala Lumpur
-
-
2. Persatuan
Insurans Nyawa Malaysia
-
49, Jalan Kampung Pandan
-
55100 Kuala Lumpur.
-
-
Panduan
Untulk Membeli Insurans
-
Pastikan
ejen insurans anda berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
-
Bacalah
polisi insurans daripada ejen anda tentang syarat-syarat yang terkandung
di dalam polisi dan semak penjelasan itu dengan PIAM atau rakan-rakan yang
mungkin telah mengambil polisi yang sama.
-
Pastikan
semua faedah yang akan diperolehi dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian.
-
Insurans
Motor
-
-
Perlindungan
insurans motor ialah satu kemestian bagi semua kenderaan yang digunakan
di jalanraya.
-
la adalah
untuk menjamin supaya pemandu-pemandu dilindungi daripada liabiliti (tangungan)
yang mungkin wujud jika berlaku sesuatu kemalangan. Jenis insurans kenderaan
yang biasa ialah Polisi Pihak Ketiga dan Polisi Komprehensif. Perlindungan
lain bolehlah diperolehi mengikut pilihan pemegang polisi.
-
-
Apa
itu Polisi pihak ketiga (third party)/polisi komprehensif?
-
-
Polisi
pihak ketiga /(Third Party Policy) - jika anda memandu kereta dan melanggar
kereta milik B, di bawah insurans pihak ketiga, syarikat insurans anda
hanya akan bertanggungjawab untuk membayar pampasan terhadap kecederaan,
kematian pemandu atau penumpang kereta B dan juga kepada kereta B sahaja.
-
-
Polisi
Komprehensif
-
Jika perkara
yang sama berlaku dan anda memegang polisi insurans komprehensif, anda
adalah dilindungi daripada liabiliti yang wujud akibat kematian atau kecederaan
anggota badan pemandu atau penumpang dan kereta B serta kerosakan yang
berlaku ke atas kereta anda. Syarikat insurans juga akan membayar gantirugi
kepada anda sekiranya kereta anda hilang, dicuri ataupun musnah akibat
kebakaran.
-
-
Apa
yang patut anda lakukan semasa mengisi Borang Cadangan?
-
-
Semasa
mengisi Borang Cadangan, anda mestilah menyatakan segala fakta material
yang dikehendaki setakat yang anda ketahui. Fakta-fakta material ini akan
mempengaruhi syarikat insurans sama ada akan menerima atau menolak cadangan
anda ataupun mengenakan bayaran tambahan. Di dalam Insurans Kehidupan atau
Nyawa, fakta-fakta mengenai kesihatan dan pekerjaan anda merupakan fakta
material.
-
-
Bagi insurans
motor pula, rekod kemalangan, pengubahsuaian yang dilakukan ke atas kenderaan,
umur kenderaan serta umur, pengalaman dan pekerjaan pemilik kenderaan adalah
fakta material.
-
-
Apa
yang terjadi jika ejen insurans melakukan kesilapan atau mengisi maklumat
yang tidak benar?
-
-
Sekalipun
perkara ini berlaku bukan disebabkan kesilapan anda, Syarikat Insurans
boleh menolak kontrak. Oleh yang demikian, anda hendaklah sentiasa membaca
apa yang ditulis atau diisi secara teliti sebelum menandatangani borang
cadangan insurans motor.
-
-
Apa
dia Nota Lindungan (Cover Note)?
-
-
Setelah
anda membayar premium, ejen akan mengeluarkan nota perlindungan (covernote)
sebagai
perlindungan sementara sebelum syarikat insurans memutuskan sama ada untuk
membatalkan atau menerima cadangan anda. la akan tamat sama ada selepas
tarikh tamat nota berkenaan atau apabila cadangan anda ditolak atau bila
polisi dikeluarkan oleh syarikat insurans.
-
-
Pastikan
anda mendapat satu salinan nota perlindungan yang dilengkapi dengan segala
keterangan mengenai perlindungan insurans motor seperti jumlah diinsuranskan,
premium, ekses dan tempoh perlindungan selepas membayar premium kepada
ejen insurans.
-
-
Sila hubungi
syarikat insurans anda sekiranya anda tidak menerima polisi insurans selepas
30 hari.
-
-
Apa
yang patut anda lakukan sernasa mernpertimbangkan untulk membeli polisi?
-
-
1 . Sentiasa
membaca dan memahami terma-terma dan syarat-syarat polisi.
-
-
2. Jangan
membeli polisi insurans hanya kerana desakan dari ejen insurans. Lakukan
hanya apabila anda sudah mengetahui apakah sebenarnya polisi berkenaan
dan jika anda memerlukannya. Walau bagaimanapun, di bawah undang-undang,
anda perlu memiliki insurans kenderaan bermotor.
-
-
3.
Apabila anda sudah memiliki polisi tertentu anda mestilah sentiasa menepati
bayaran premium yang ditentukan.
4.
Jika anda mengambil terlalu banyak polisi, syarikat insurans mungkin akan
meraguinya dan mungkin akan membatalkan polisi anda.
-
-
Apa
yang perlu anda lakukan sekiranya anda ditimpa kemalangan
-
-
Buat
laporan kepada pihak polis dalam masa 24 jam mengenai kemalangan berkenaan.
-
-
Maklumkan
syarikat insurans anda secara bertulis dengan secepat mungkin segala butir-butir
mengenai kerosakan ataupun kehilangan yang berlaku denganmenyertakan laporan
polis. Tempoh masa yang munasabah untuk melaporkan kepada syarikat insurans
adalah 14 hari. Walau bagimanapun, untuk kes-kes yang melibatkan kecederaan
anggota badan, di mana pemegang polisi dimasukkan ke hospital akibat kemalangan,
mereka hendaklah melaporkan kepada syarikat insurans sebaik sahaja berupaya
untuk berbuat demikian. Jika ada kes, pihak lain mendakwa anda dan anda
menerima saman ke Mahkamah, jangan sekali-kali mengaku salah tetapi maklumkan
perkara ini kepada syarikat insurans anda. Jika anda tidak berbuat demikian,
syarikat insurans mungkin tidak akan bertanggungjawab mempertahankan kepentingan
anda apabila ada tuntutan terhadap anda atau tuntutan ke atas kerosakan
kenderaan orang lain.
-
-
Perkara
Yang Perlu Diingat
-
Adakah
anda memiliki polisi insurans kenderaan bermotor atau polisi insurans nyawa?
Sudahkah anda membaca terma dan syaratsyarat polisi berkenaan? Adakah anda
mengetahui bahawa anda terikat kepada berbagai terma dan syarat?
|
| Imunisasi
IMUNISASI
HEPATITIS B
Anda
sedang menunggu kelahiran bayi anda. Bayi anda yang baru lahir memerlukan
segala kasih sayang, jagaan dan perlindungan yang anda mampu berikan.
Imunisasi
adalah satu cara perlindungan yang baik untuk bayi anda. Ia boleh melindungi
bayi anda daripada berbagai jenis penyakit berjangkit yang kerap berlaku
di kalangan bayi dan kanak-kanak seperti penyakit tibi, kerongkong, batu
kokol, campak dan sebagainya.
Sekarang
anda boleh melindungi bayi anda daripada Hepatitis B!
Mulai
Januari 1989, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan perkhidmatan
imunisasi Hepatitis B untuk semua bayi yang baru lahir.
Apakah
Hepatitis B?
Hepatitis
B ialah penyakit yang menyerang hati yang disebabkan oleh sejenis kuman
iaitu virus Hepatitis B.
Mengapa
ia merbahaya?
Hepatitis
B merbahaya kerana setengah pesakit terus membawa virus Hepatitis B di
dalam badan mereka walaupun mereka telah pulih daripada jangkitannya.
0rang-orang
seperti ini dipanggil pembawa. Pembawa Hepatitis B mempunyai risiko tinggi
menghidap penyakit-penyakit yang teruk seperti penyakit hati, kerosakan
hati dan barah hati. Barah hati adalah di antara sepuluh jenis barah yang
kerap berlaku di dunia, termasuk di negara kita.
Pembawa
Hepatitis B juga mengacam kesihatan orang lain oleh kerana mereka boleh
memindahkan virus itu kepada orang lain.
Setakat
ini, tiada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit ini.
Bayi
yang baru lahir menghadapi risiko tertinggi
Bayi
yang dilahirkan kepada ibu yang merupakan pesakit atau pembawa Hepatitis
B mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk menghidap Hepatitis B. Bayi-bayi
yang dijangkiti melalui ibu mereka akan menjadi pembawa seumur hidup dan
menghadapi risiko tinggi menghidap barah hati.
Lindungilah
bayi anda daripada Hepatitis B melalui Imunisasi
0leh
kerana bayi yang baru lahir mempunyai risiko tinggi untuk menjadi pembawa
Hepatitis B, mereka perlu diberikan imunisasi Hepatitis B. Imunisasi ini
adalah selamat dan tidak memberikan kesan-kesan sampingan.
Imunisasi
Hepatitis B perlu diberikan melalui 3 dos seperti berikut:
Dos
Umur :
-
Dos Pertama
Pada Hari Kelahiran
-
Dos Kedua
Apabila Berumur Satu Bulan
-
Dos Ketiga
Apabila Berumur Lima Bulan
Tiga dos
diperlukan untuk memastikan bahawa bayi anda menerima perlindungan lengkap
terhadap Hepatitis B.
Bagaimana
Imunisasi ini boleh didapati?
Perkhidmatan
ini boleh didapati di semua hospital dan klinik kerajaan serta hampir semua
hospital swasta.
Jika
puan bersalin di hospital bayi puan akan diberi suntikan dos pertama oleh
jururawat dihospital.
Jika
jururawat desa atau bidan kerajaan menyambut kelahiran dirumah, beliau
akan memberikan suntikan dos pertama sejurus selepas kelahiran.
Sekiranya
bidan kerajaan yang menyambut kelahiran di rumah tidak dapat memberikan
suntikan dos pertama sejurus selepas dilahirkan atau jika kelahiran disambut
oleh bidan kampung, puan dinasihat supaya meminta suami atau ahli keluarga
yang lain membawa bayi tersebut ke pusat kesihatan yang berhampiran dengan
secepat mungkin untuk suntikan dos pertama.
Bagi
suntikan dos kedua dan dos ketiga, puan dikehendaki membawa bayi puan ke
hospital atau pusat kesihatan yang berhampiran pada masa yang ditetapkan.
3 Dos
Imunisasi Hepatitis B Akan Melindungi Bayi Anda Sepenuhnya |
| Amalan Hidup
Sihat
Sebelum
tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ Insya Allah, Allah lipat gandakan
rezeki.
Sebelum
tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur, otak akan
generate kan all of our wish & InsyaAllah, kita akan ada semangat di
keesokan harinya.
Makan
buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ ikut Sunnah & dapat pahala
& juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vit C dari buah-buahan yang
dimakan selepas breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi
adalah
approaching 0%.
Jangan
minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch &dinner). Minum air
selepas 15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yang pertama
sahaja, biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan. Teguk
kedua
& seterusnya boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh
kuman dlm pankreas perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya
makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sebelum maghrib
kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab,bagi yg tengah study
(or anak2), otak akan berfungsi excellently
(senang
absorb ilmu) around 2 hrs selepas makan so, if makan at 8:30pm, around
10:30pm baru start study and most probably hanya boleh bertahan hingga
jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau
makan pukul 6:30 (org Cina take dinner around this hour).
Juga,kita
tak tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang
malam).
Tatacara
di bilik air :
Selepas
buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak daripada dapat
batu karang.
Semasa
buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring
ke kiri, perut akan tekan bladder and senang buang air besar.
Tatacara
didik anak :
Antara
tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby) tidur mengiring
ke kanan ~ sebab jantung (yg terletak sebelah kiri) akan lebih "lapang"/"lega"
dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) dan otak anak akan develop excellently.
Bagi anak-anak yang dah azalinya active or hyper-active, kurang (or jangan)
pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini boleh merangsang secara actifnya
tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal),
sentiasa
bersemangat waja & exuberant.
Tatacara
didik diri sendiri :
Amalkan
apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari berturut2 ~ Rasullullah
(saw) bersabda, setiap amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari, continuously,
akan menjadi tabiat and kalau tak, ilmu itu akan mati.
Buang
segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg -ve ~ emosi2 ini akan membenarkan
otak release excessive adrenaline, cortisone & toxine yang mana boleh
membawa kpd bbrp penyakit cepat letih, wajah cepat nampak tua (tua sebelum
waktunya), selalu sakit perut & lain-lain.
Ada
3 kategori manusia :-
BERJAYA
: Hari ini lebih baik daripada semalam.
TERPEDAYA
: Hari ini sama seperti semalam.
HINA
: Hari ini lebih teruk daripada semalam. |
| PERKHIDMATAN
KESIHATAN
Kesihatan awam adalah merupakan
cabang terpenting dalam sistem perkhidmatan kesihatan. Sejarah telah membuktikan
bahawa kesihatan awam telah wujud sejak dari zaman Yunani lagi iaitu kira-kira
500 tahun sebelum Masihi.
Perkhidmatan yang berasaskan
kepada aspek pencegahan ini telah berkembang pesat dan telah diterima sebagai
elemen terpenting di dalam perkhidmatan asas di dalam sistem kesihatan.
Ia dianggap sebagai keperluan
asasi dan hak yang mesti diberikan kepada semua individu di dalam sesebuah
negara. Oleh kerana itu, akses kepada perkhidmatan kesihatan awam adalah
dianggap sebagai salah satu kriteria untuk mengukur kesaksamaan dalam masyarakat.
Kesaksamaan adalah suatu
konsep yang berkisar sekitar aspek sosial di mana adalah tidak wajar sekiranya
terdapat individu atau keluarga di dalam sebuah masyarakat yang masih tidak
berupaya untuk mencapai perkhidmatan asas dan menjadi kewajipan kepada
ahli masyarakat lain untuk membantu. Oleh itu kerapnya pemerintah sebuah
negara akan mengambil tanggungjawab sosial bagi menyediakan perkhidmatan
kesihatan awam yang sesuai untuk memenuhi keperluan kesihatan rakyatnya.
Namun begitu, akhir-akhir
ini di banyak negara, terutama sekali negara-negara membangun, kerajaan
tidak mampu untuk memenuhi tanggungjawab sosial ini. Keadaan ekonomi negara
yang lembap terutama selepas berlaku kemelesetan sekitar tahun 1985 dan
kali keduanya pada tahun 1997, banyak negara tidak lagi mampu untuk menanggung
kos untuk menyediakan perkhidmatan asas.
Ini jelas dilihat apabila
negara kadang-kadang membiarkan rakyat mereka berusaha untuk membiayai
sendiri perkhidmatan kesihatan asas yang amat diperlukan. Sudah pastilah
apabila keadaan ini berlaku, terdapat golongan yang tidak mampu yang terpaksa
menagih simpati orang lain untuk membiayai perkhidmatan yang diperlukan.
Di Malaysia sendiri sejak
akhir-akhir ini terdapat pesakit-pesakit dan keluarga mereka yang terpaksa
membuat rayuan melalui media massa bagi mendapat bantuan kewangan untuk
membiayai perkhidmatan kesihatan. Walaupun rakyat Malaysia terkenal dengan
sifat penyayang, prihatin dan suka membantu satu sama lain, kaedah ini
bukanlah cara terbaik dan tidak dapat menyelesaikan masalah dalam jangka
masa panjang. Walaupun kerajaan mungkin cuba membantu melalui Tabung Kebajikan
Perkhidmatan Kesihatan, pengalaman dari negara-negara lain menunjukkan
tabung berkenaan mungkin tidak dapat bertahan lama dan kadang-kadang akan
disalahgunakan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab.
Langkah untuk mengawal dan
memantau penggunaan Tabung Perkhidmatan Kesihatan biasanya mewujudkan halangan-halangan
yang menyebabkan golongan yang betul-betul memerlukan bantuan tidak mendapat
pembelaan sewajarnya. Melalui kolokium ini, peserta-peserta kolokium akan
berbincang mengenai berbagai aspek bagi mencapai kesaksamaan sosial. Salah
satu langkah yang lebih berkesan untuk mencapai matlamat tersebut adalah
mewujudkan Skim Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan yang berlandaskan konsep
Insurans Kesihatan Sosial. Skim begini telah terbukti berjaya menyediakan
dana yang mencukupi untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan pada kualiti
dan kuantiti yang optimum untuk kegunaan semua rakyat.
Skim Insurans Sosial yang
dikendalikan oleh kerajaan dengan menggunakan penarafan komuniti memberi
peluang untuk semua golongan masyarakat saling bantu membantu melalui perkongsian
risiko yang adil. Skim Insurans Kesihatan Sosial adalah skim pembiayaan
perkhidmatan kesihatan yang terbaik yang dapat memupuk semangat perpaduan
nasional yang menjadi impian sesebuah negara.
Ini amat jauh berbeza daripada
konsep di bawah Skim Akaun Simpanan Perubatan seperti terdapat di Singapura
yang mana setiap individu menggunakan simpanan sendiri untuk membiayai
perkhidmatan kesihatan mereka. Skim Akaun Simpanan Perubatan yang lebih
menggalakkan ka arah masyarakat yang mementingkan diri sendiri ternyata
amat tidak sesuai dengan pendirian rakyat Malaysia yang lebih prihatin
dan suka membantu di antara satu sama lain.
Selain itu dana yang dikumpulkan
melalui Skim Akaun Simpanan Perubatan selalunya amat terhad dan tidak mencukupi
untuk membiayai keperluan perkhidmatan kesihatan asas seseorang pesakit
dalam jangka masa panjang. Ketiadaan mekanisme perkongsian risiko adalah
kelemahan yang paling ketara di bawah Skim Akaun Simpanan Perubatan.
Malaysia seharusnya mengambil
contoh dari negara-negara Eropah yang kebanyakannya menggunakan konsep
Skim Insurans Kesihatan Sosial yang telah membawa kebanyakan negara-negara
tersebut mencapai kesaksamaan sosial yang tinggi. Dalam Laporan Prestasi
Sektor Kesihatan 2000 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) , kesemua 10 negara yang mendapat penarafan teratas di dalam penarafan
tersebut menggunakan Skim Insurans Kesihatan Sosial di dalam sistem kesihatan
mereka.
Satu forum khas akan diadakan
semasa kolokium ini bagi membincangkan dengan lebih terperinci bagaimana
kesaksamaan sosial dapat dicapai melalui Skim Pembiayaan Perkhidmatan Kesihatan
yang mapan dan diterima oleh masyarakat Malaysia. Wakil-wakil dari Kementerian
Kesihatan, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) akan memberikan hujah-hujah
mereka dalam forum ini.
Sebanyak dua kertas plenari
yang bertajuk Kesaksamaan dalam perkhidmatan kesihatan di Negara Membangun
dan Sokongan Sosial dalam Perkhidmatan Kesihatan: Isu dan Cabaran akan
disampaikan oleh dua tokoh kesihatan awam, Profesor Dr. Paul CY Chen dari
Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) dan Profesor Dr. Ngiam Tee Liang
dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Sebanyak 24 kertas simposium
dan lebih daripada 70 Kertas Bebas dan Kertas Pembentangan Poster akan
dipersembahkan sepanjang kolokium yang akan dihadiri oleh kira-kira 450
orang peserta yang kebanyakannya terdiri daripada pakar-pakar kesihatan
awam, pengurus-pengurus perkhidmatan kesihatan dan hospital serta kakitangan
sokongan perkhidmatan kesihatan dari sektor awam dan swasta.
Selain dari peserta-peserta
Malaysia, buat pertama kalinya pada tahun ini kolokium ini akan disertai
oleh peserta-peserta dari empat buah negara di rantau Asia iaitu Indonesia,
Singapura, Filipina dan Thailand.
Adalah diharapkan kolokium
ini akan dapat menjadi suatu forum untuk membincangkan isu-isu terkini
dalam kesihatan masyarakat dan mencetus idea-idea baru untuk digunakan
bagi memperbaiki lagi sistem perkhidmatan kesihatan negara ini agar menjadi
salah satu sistem kesihatan yang terbaik di dunia. |
|