Penderaan dan Penganiyaan

ADAKAH ANDA MANGSA JENAYAH RUMAHTANGGA?

    Anda seorang surirumah atau isteri atau suami mahupun anak-anak, anda boleh jadi adalah antara mangsa. Bagaimana anda mengenalpasti anda seorang mangsa? Adakah ciri yang dispesifikasikan terhadap seseorang yang menjadi mangsa jenayah rumahtangga ini?

Anda adalah mangsa apabila:
 

Jenayah ini terbahagi kepada 3 iaitu:
 

Apakah faktor-faktor mendorong Jenayah Rumahtangga

1. Personaliti Ibubapa
 

  • suami isteri kurang bersedia menghadapi tanggungjawab. Cth jenayah seperti penganiayaan terhadap isteri/ anak.
  • Tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna
  • Penagihan dadah, arak dan kaki judi.
  • Tidak dapat menahan nafsu/ perasaan (cth. Jenayah seperti sumbang muhrim)
  • Isteri berleter dan banyak mulut. Cth jenayah spt. penganiayaan
  • Kedudukan kewangan tidak kukuh
  • Suami yang ego – kata-katanya mesti didengar
  • Fizikal anak/ isteri yang lemah dan tidak upaya mudah untuk dianiya.
  • Ketidakpuasan dalam hubungan kelamin.


2. Personaliti Anak

  • Tabiat anak menangis dan nakal. (Cth utk jenayah spt penganiayaan)
  • Anak berpakaian kurang sopan di hadapan ahli kelaurga lain (cth. Jenayah sumbang muhrim)
  • Anak-anak diasuh oleh orang lain kadang-kadang tunjuk rasa benci pada ibubapa. (jenayah penganiaan anak)


3.Campur tangan keluarga
 

  • jiwa suami/ isteri/ anak yang tertekan dan boleh melakukan perkara jenayah (jenayah spt membunuh, mendera dll)
  • Wanita takut tampil beri laporan sebab
    • tekanan sosial dari masyarakat
    • takut ancaman suami dan keluarga
    • risau jatuhkan maruah suami dan keluarga
    • masalah kewangan, tiada yg beri nafkah kalau suami tertangkap.
    • Takut diceraikan
  • Masyarakat kurang prihatin
  • Hubungan kekeluargaan yang renggang
  • Naluri yang dimiliki manusia
    • naluri mempertahankan hidup (gharizatul baqa’) jika tidak diatur menyebabkan banyak kes penderaan, penganiayaan dan pembunuhan berlaku.
    • Naluri kasih sayang (gharizatun nau’) jika tidak diatur dengan baik akibatkan penderaan dan penganiayaan.
    • Tindakan kejahatan manusia ini didorong oleh kelemahan memenuhi tuntutan unsur asasi yang dinyatakan di atas.
Apakah kesan mangsa jenayah Rumahtangga?
 
  •  kurang upaya gembirakan diri
  • merasa bersalah
  • tidak merasa kasih sayang
  • harga diri yang rendah
  • terencat perkembangan mental (kanak- kanak)
  • ketidakseimbangan emosi dan stres
  • Peringkat teruk: percubaan untuk membunuh diri atau hilang ingatan.
  • Kesan Fizikal
  • lebam, luka-luka, pendarahan dan parut-parut
  • membantutkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak
  • Tidak mementingkan kesihatan diri dan keadaan fizikal kurang teratur.
  • Interaksi/ perhubungan dengan orang lain.
  • pendiam
  • syak wasangka dengan orang lain
  • peringkat yang teruk – cubaan melarikan diri
  • penyedih, sensitif dan kemurungan
  • pemarah
  • cuba menjauhkan diri dari berinteraksi
  • mengelakkan diri dari berjumpa orang ramai.


Bagaimana mengatasi jenayah rumahtangga?
 

  •  persediaan dini untuk memikul tanggungjawab berkeluarga
  • mempelajari ilmu pengetahuan dengan sempurna
  • mengubah sikap


Keluarga/ Institusi Keluarga besar
 

  • membantu ahli keluarga yang bermasalah.(Nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar)
  • minta bantuan luar jika jenayah berterusan
  • memberi kasih sayang dan sikap ambil tahu
  • memberi pendidikan yang sempurna
  • mengambil tahu hal orang lain dan prihatin.( istilah jaga tepi kain orang lain ~ perlu)
  • mengatur kelab/ persatuan dalam komuniti untuk memantau sendiri permasalahan komuniti.


Badan kerajaan
 

  • memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat
  • polis mengambil berat kes yang dilaporkan agar ia tidak dipandang remeh.
Diri / Individu
  • Mengalami gangguan emosi ( mental)
  • Jenayah terhadap suami
  • Jenayah terhadap isteri
  • Jenayah terhadap anak-anak
  • Penderaan yang dilakukan oleh suami/ isteri yang melibatkan penderaan mental.
  • Anda sering dipukul sehingga menyebabkan kecederaan.
  • Pasangan anda pernah melakukan cubaan untuk membunuh anda.
  • Penyataan niat untuk membunuh dan mempunyai tanda-tanda yang kuat untuk membunuh anda.
  • Mengambil harta (biasanya harta isteri) secara paksa atau tanpa pengetahuan.
  • Anda adalah anak yang dirogol (sumbang muhrim).
  • Anda di bawah umur dibiarkan tanpa penjagaan/
  • Anda adalah anak yang dibuang.


 

Langkah Membendung Inflasi

APA ITU INFLASI?

Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga urnum". "Harga umum"
bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga. Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh Jabatan Perangkaan.

"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika paras harga urnum
meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.

KESAN-KESAN INFLASI

Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap.
 

Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung,
yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn eftikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.
  Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :

1. Inflasi Tolakan Kos
Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

b) Peningkatan Penawaran Wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi Diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan Pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini :

1. Inflasi Tolakan Kos
Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos pengeluaran akan meningkat.

Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

2. Inflasi Tarikan Permintaan
Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:

a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.

b) Peningkatan Penawaran Wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

3. Inflasi Diimport
Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.

i. Peningkatan Harga di Luar Negara Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.

ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

4. Jangkaan Pengguna
Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI

Ke atas

LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI

Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.

Dasar Kewangan (Monetary Policy)
Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran
wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat pengeluaran kad kredit.

Dasar Fiskal (Fiscal Policy)
Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah, barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.

Pentadbiran

i. Menggalakkan Persaingan
Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri dari segi harga produk.

ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan
Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan peningkatan kapasiti pengeluaran.

iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran makanan.
 

 

Pejagaan Kanak-kanak

Kanak-kanak merupakan generasi yang akan mendokong wawasan negara. Pemupukan tumbesaran kanak-kanak dalam suasana yang positif dan sihat amat penting demi menjamin masa depan mereka di dalam dunia yang penuh dengan cabaran serta kecanggihan multimedia ini.

Masa kini, kanak-kanak dikelilingi dengan kemajuan teknologi maklumat, di mana-mana sahaja kita dapat melihat kecanggihan dan kemajuan teknologi. Kanak-kanak walau dalam usia setahun jagung adalah terpengaruh dengan alat-alat yang moden seperti t.v., video games, komputer dan sebagainya. Semua ini boleh mendatangkan kesan sampingan yang negatif ke atas pertumbuhan akhlak kanak-kanak yang sedang membesar.
Di sinilah pentingya peranan ibu bapa dan penjaga. Kita perlu menggunakan kemudahan IT untuk memupuk minda dan kemahiran kanak-kanak ke arah pembinaan nilai-nilai diri yang murni dan mulia.
Seperti yang disarankan melalui kursus ini, kanak-kanak yang membesar dengan tubuh badan yang cergas sudah pasti menghasilkan minda yang pintar dan cerdas. Di sini ternyata sistem pemakanan memainkan peranan yang penting. Walaupun kini terdapat pelbagai jenis makanan ringan yang tidak berkhasiat, ibu bapa dan penjaga yang prihatin sudah tentu tahu membezakan makanan yang sesuai untuk diberikan kepada anak-anak di bawah jagaan mereka. Sistem pemakanan seimbang seperti yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan tidak patut dipandang remeh. Ianya bukan sahaja baik untuk tumbesaran kanak-kanak, tetapi juga berkena dari segi kemampuan daya intelek untuk menghadapi pembelajaran di sekolah.

Perkahwinan dan Perceraian

1 . Perkahwinan adalah cara hidup semula jadi manusia dan asas perkembangan masyarakat secara tersusun dan teratur. Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Islam adalah menjamin penerusan perkembangan masyarakat secara sihat dan tersusun demi kesejahteraan ummat.

2. Perkahwinan adalah ikatan suci yang wajib dipertahankan dan merupakan pembaha hendak berpoligami atau tidak, pertimbangan yang adil hendaklah diberikan di samping tujuan dan roh berpoligami itu tidak dirosakkan. Dalam hal ini keharusan yang diberikan oleh Islam bukan bermakna galakan atau kebenaran yang boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Kehanisan berpoli gami bertujuan membela orang-orang yang tidak bernasib baik di dalam masyarakat. Berpoligami yang membawa kepada mengabaikan tugas terhadap anak-anak dan isteri adalah bertentangan dengan kehendak ketaqwaan.

3. Perancangan keluarga dalam pengertian menghadkan kelahiran anak tidak dapat diterima oleh Islam. Tetapi perancangan keluarga dalam pengertian memberi layanan lebih baik kepada keluarga, meningkatkan mutu kesihatan dan keselesaan hidup serta meningkatkan penglibatan teihadap amalan-amalan yang bermoral, adalah wajib di dalam Islam.

Kewajipan Suami
1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluaiga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.

Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri
Apabila suami sebagai ketua di dalam lumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggung-jawabnya. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.

Ciri-ciri penting
Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:

1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.

2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.

3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari.

4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam di kalangan keluarga.
 

PROSEDUR PENDAFTARAN PERCERAIAN

1. Pendaftar hendaklah menerima salinan keputusan pengesahan perceraian yang dikeluarkan oleh Mahkamah

2. Pendaftar hendaklah menyemak salinan keputusan pengesahan perceraian tersebut. Jika terdapat kesilapan dikembalikan kepada pemohon untuk pembetulan di Mahkamah.

3. Setelah berpuashati Ketua Pendaftar hendaklah menanda tangani Surat Perakuan Cerai.

4. Pendaftar hanya boleh mengeluarkan Surat Perakuan Cerai setelah pemohon membuat pembayaran pendaftaran cerai

5. Pendaftar hendaklah mengeluarkan Surat Perakuan Cerai dalam tempoh tiga puluh ( 30 ) hari dari tarikh pendaftaran perceraian.
 

 PROSEDUR PENDAFTARAN RUJUK

1. Pendaftar sebelum menerima laporan atau cadangan suami isteri mengenai persetujuan rujuk hendaklah memastikan bahawa permohonan pengeahan cerai telah dihantar di Mahkamah.

2. Sekiranya rujuk dilafazkan bukan di hadapan pendaftar, maka pendaftar hendaklah memastikan dan berpuashati ia dilakukan mengikut hukum syarak.
 

3. Pendaftar hendaklah memastikan pemohon mengisi borang permohonan rujuk dengan lengkap.

4. Pendaftar boleh mendengar lafaz untuk dilafazkan di hadapannya walaupun perceraian belum diputuskan oleh Mahkamah.

5. Pendaftar hendaklah mengemukakan surat pengesahan rujuk sementara kepada pemohon.

6. Pendaftar hanya boleh mendaftar rujuk setelah pemohon mengemukakan :
 

i) Surat pengesahan cerai dari Mahkamah.

ii) Bayaran pendaftar rujuk.

iii) Sijil Perakuan cerai.
 

7. Pendaftar hendaklah mengeluarkan surat akuan rujuk dalam tempoh tiga puluh hari ( 30 ) hari dari tempoh permohonan rujuk serta selesai didaftarkan

Panduan-panduan Keselamatan di Rumah

Keselamatan di rumah merupakan satu isu yang sering diabaikan. Menjadikan rumah anda sebagai sebuah rumah yang selamat untuk kanak-kanak adalah satu proses yang rumit dan terperinci. Proses ini bermula daripada kesedaran serta kemahuan ibu bapa untuk menjadikan rumah sebagai sebuah tempat perlindungan yang selamat.

Sebahagian besar kecederaan yang berlaku berpunca daripada kemalangan yang berlaku di rumah. Kemalangan-kemalangan ini sebenarnya boleh dicegah. Kemalangan-kemalangan pada kebiasaanya berlaku pada waktu lewat petang atau pada waktu malam apabila kanak-kanak keletihan dan mengantuk. Jenis kemalangan yang sering berlaku ialah:

  • Terjatuh
  • Terkena api
  • Terambil racun
  • Sesak nafas atau tercekik
  • Lemas
Berikut adalah senarai perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda serta persekitarannya selamat untuk kanak-kanak. Walau bagaimanapun anda harus ingat bahawa walau apa pun yang anda lakukan untuk menjadikan persekitaran kanak-kanak anda selamat, perkara yang terbaik untuk diamalkan ialah untuk mendidik anak anda untuk menjaga keselamatan diri sendiri. Pelan anda untuk menjadikan rumah anda selamat boleh dijadikan proses pengajaran yang mengambil kira penglibatan anak-anak anda ini adalah kerana ia dapat diperbaiki dari masa ke semasa melalui bantuan dan pandangan anak-anak anda.

Perkara-perkara yang anda boleh lakukan untuk menjadikan rumah anda lebih selamat, ialah:

  • Jangan sekali-kali membiarkan bayi anda di rumah bersendirian, di atas katil atau meja, atau di dalam tandas tanpa diiringi oleh orang dewasa
  • Jangan tinggalkan beg plastik atau belon di kawasan yang boleh dicapai oleh bayi. Kanak-kanak boleh mengalami kesesakan nafas apabila bermain dengan benda-benda ini
  • Jangan tinggalkan objek-objek kecil terbiar di merata tempat. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh tercekik apabila meletakkan objek-objek kecil dalam mulut atau boleh mencederakan diri dengan meletakkannya ke dalam hidung
  • Pastikan pengasuh anak anda, ialah seorang yang mempunyai   pengalaman menjaga kanak-kanak
  • Pastikan tingkap rumah anda dilengkapi dengan besi bersilang dan anjung rumah tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • “Baby walkers” merupakan alat permainan yang merbahaya dan tidak membantu anak anda belajar berjalan lebih awal.
  • Pastikan buaian yang boleh dilambung, dipasang dengan betul dan mempunyai dasar yang lebar berbanding rangkanya. Letakkan sebuah tilam atau bantal seluas dua kali ganda kawasan dasar buaian apabila buaian digunakan.
  • Jangan biarkan benda-benda yang tajam di merata tempat dan di tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • Jangan amalkan tabiat merokok di dalam rumah. Hampir semua kebakaran bermula dengan penghisap rokok yang cuai yang tidak memadam api puntung rokok sepenuhnya.
  • Rangkakan satu pelan keselamatan untuk kebakaran.
  • Beli sebuah alat pemadam api untuk disimpan di dalam rumah.
  • Elakkan daripada memegang air panas atau benda-benda panas apabila adanya kehadiran kanak-kanak berdekatan dengan anda.
  • Gunakan minyak tanah yang diiktiraf oleh SIRIM. Use kerosene that has been SIRIM certified.
  • Jangan tinggalkan anak anda bersendirian dekat dengan air.
  • Untuk mandi dengan air panas, penuhkan bekas mandi dengan air sejuk terlebih dahulu, kemudian barulah tuangkan air panas dan bukan sebaliknya.
  • Pagarkan kawasan disekeliling kolam mandi anda.
  • Gunakan kerusi kanak-kanak yang sesuai dengan umur anak anda apabila mengadakan perjalanan melalui kereta, TERUTAMANYA UNTUK JARAK PERJALANAN YANG PENDEK. Kebanyakan kes kemalangan berlaku dalam perjalanan yang pendek.
  • Jangan mendukung anak anda semasa menumpang kereta, dengan anggapan bahawa dengan cara ini anak anda berada dalam keadaan yang selamat. Sewaktu kemalangan, anak anda boleh terpelanting dari dukungan anda, atau badan anda boleh mengenakan impak ke atas anak anda.
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 bulan tidak boleh menumpang di kerusi belakang basikal. Kerusi-kerusi ini adalah untuk kanak-kanak yang lebih tua. Bila membawa kanak-kanak yang lebih tua, pastikan mereka memakai topi keselamatan basikal mereka.
  • Pagarkan tangga di rumah anda jika anak-anak anda baru mula belajar merangkak atau berjalan.
  • Jauhkan anak anda daripada mesin memotong rumput apabila rumput halaman rumah anda sedang dipotong
  • Simpan ubat/bahan-bahan mudah terbakar/sabun/racun rumah seperti pembasmi kuman atau penyembur serangga ditempat yang jauh dari capaian kanak-kanak. Labelkan benda-benda yang berbahaya sebagai tanda amaran kepada kanak-kanak.
  • Periksa rumah anda untuk cat yang mempunyai kandungan plumbum. Sisa-sisa dari cat ini boleh mengakibatkan keracunan yang serius jika ditelan. Tukarkan cat anda kepada jenis yang bebas daripada bahan plumbum.
  • Pastikan tumbuh-tumbuhan yang anda miliki tidak beracun.
  • Belajar kaedah pertolongan cemas untuk kanak-kanak. Beri didikan kepada anak-anak anda tentang kaedah-kaedah pertolongan cemas.
  • Didiklah anak-anak anda cara untuk berenang.
  • Jangan biarkan alat-alat elektrik di dalam tandas.
  • Jangan biarkan alat elektrik yang rosak di rumah, kerana anak anda mungkin akan cuba  menggunakannya.
  • Tutup punca-punca elektrik di rumah anda dengan penutup yang khas.
  • Jangan biarkan anak anda bersendirian dalam kereta.
  • Pastikan semua alat permainan anak anda memiliki ciri-ciri keselamatan.
  • Labelkan semua bahan-bahan beracun yang disimpan dalam rumah dengan pelekat-pelekat yang boleh dikenalpasti oleh kanak-kanak sebagai bahan yang berbahaya dan tidak boleh disentuh.
  • Jangan biarkan anak-anak bermain mercun atau cuba untuk membuat mercun secara bersendirian.
  • Pastikan anak anda memakai pakaian yang sesuai apabila bermain.
  • Pastikan taman permainan yang digunakan oleh anak anda adalah selamat untuk kanak-kanak.
  • Jangan sekali-kali membawa kanak-kanak sebagai penumpang motorsikal. Penunggang motorsikal merupakan kumpulan terbesar yang mengalami kemalangan di jalan raya. Gunakan kaedah pengangkutan lain yang lebih selamat.
Panduan Perbelanjaan Isi Rumah

Asas pengurusan rumah tangga adalah serupa dengan pembinaan rumah. Perkara pokok dalam pengurusan rumah tangga ialah data yang membolehkan penilaian sewajar bagaimana menjaga hal ehwal rumah tangga.
 

Fail Data

Simpan satu rekod belanjawan isi rumah

 Jangka masa yang paling lama kita boleh memperolehi pendapatan ialah 40 - 45 tahun, iaitu hingga usia 60 - 65 tahun. Untuk tempoh selepas usia 60 - 65 tahun, kita mungkin tidak mempunyai pendapatan. Oleh itu, pengetahuan yang baik mengenai bagaimana mengagih pendapatan kita di sepanjang jangkaan hayat adalah kehidupan yang selesa dan bahagia.

Pendapatan terbahagi kepada dua bahagian: Pendapatan yang digunakan untuk kehidupan semasa dan pendapatan yang ditabungkan. Wang yang ditabungkan biasanya adalah 10% daripada pendapatan, bergantung kepada keadaan sesuatu rumah tangga.
 
 

(a) Pendapatan hendaklah dikaji sebelum merancang perbelanjaan. Rekod pendapatan perlu merangkumi sumber pendapatan bermusim, tempoh penerimaan
     pendapatan serta banyaknya.

(b) Adalah berguna jika merekod perbelanjaan kehidupan harian mengikut kategori seperti berikut:
 
Contoh kategori item (umum) Contoh Kategori item (terperinci)
Makanan  (Kategori yang pengguna anggap perlu)
 - Makanan suami/isteri (semasa bekerja)

- Makanan anak-anak (sekolah)

- Makanan di rumah

Pakaian  - Pakaian di sekolah

- Pakaian suami/isteri

- Pakaian anak-anak

Pendidikan, budaya dan agama  - Yuran sekolah, bas sekolah

- Buku (suami/isteri)

- Buku (anak-anak)

- Zakat/cukai pendapatan

Utiliti dan komunikasi  - air, elektrik, telefon

- Penyelenggaraan & pembaikan kenderaan

- Petrol

- Tambang bas, teksi

Kemasyarakatan  - Hadiah perkahwinan

- Yuran kelab

Pelbagai
 - Mengecat rumah

- Ubat, dan sebagainya

Simpanlah satu jadual yang menunjukkan tabungan dan hutang anda
 
 

(a) Tabungan/Pelaburan
 

  • Jenis (simpanan biasa, simpanan tetap, saham, bon, barang kemas, insurans nyawa dan sebagainya.
  •  Nilai asal
  •  Kadar faedah setahun
  •  Tarikh matang
  •  Institusi/bank
(b) Hutang
  • Jenis hutang (pinjaman perumahan, pinjaman kereta, sewa beli TV dan sebagainya.
  • Amaun asal dipinjam
  • Tempoh pembayaran bali (contoh 24 bulan)
  • Ansuran
  • Tarikh ansuran pertama


(c) Simpanlah rekod barangan penggunaan tahan lama seperti kereta, rumah, alat-alat elektrik atau elektornik yang besar, seperti
 

  •  Nama alat/barang
  • Tarikh beli
  • Nombor siri itemm
  • Alamat pusat servis
  • Rekod pembaikan, waranti, dsb
  • Brosur dan manual


 Ketiga-tiga fail data tersebut adalah bernilai dan berguna bagi mengesan dan menguruskan perbelanjaan mahupun tabungan.

Penjagaan Warga Tua

Menjaga warga emas - Tanggungjawab semua pihak

Seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu - ungkapan yang biasa didengar tetapi tidak semua memahami atau mungkin buat-buat tidak faham makna yang tersirat di dalamnya.

Kalau semua anak-anak memahami sudah pasti tidak timbul fenomena ibu bapa diabaikan dengan meletakkan tanggungjawab menjaga mereka pada pekerja rumah-rumah kebajikan.

Biarpun dikatakan belum berada pada tahap serius ia sedikit sebanyak telah mendorong pertimbangan kerajaan untuk kemungkinan memperkenalkan akta khas mewajibkan anak-anak menanggung kos sara hidup orang tua mereka.

Hal ini disuarakan sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak lama dulu.

Mungkinkah tanggungjawab menjaga dan menyara ibu bapa yang yang sepatutnya dilakukan secara senang hati oleh anak-anak akan dilihat menjadi satu paksaan melalui kewujudan akta itu sehingga melenyapkan nilai-nilai keikhlasan.

Wartawan Siti Zaleha Jorimai mendapatkan pandangan Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Kemanusiaan Universiti Utara Malaysia (UUM) Zarina Mat Saad mengenai isu penjagaan ke ibu bapa dan warga tua serta kewajaran akta tersebut.

MENJAGA warga tua atau ibu bapa yang sudah lanjut usia bukan masalah individu, sebaliknya melibatkan semua pihak terutama institusi keluarga, masyarakat dan kerajaan.

Bahkan jika dilihat penggunaan terma penjaga itu sendiri, ia meliputi tanggungjawab semua pihak dan terdapat banyak bentuk penjaga.

Pensyarah Jabatan Kerja-Kerja Sosial, Fakulti Pembangunan Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Zarina Mat Saad berkata, masyarakat Malaysia secara tradisional masih mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk, nenek atau anggota keluarga yang lain.

Ini katanya, secara tak langsung memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua. Namun menurut beliau, disebabkan arus pembangunan dan proses modenisasi, nilai tradisional tadi beransur-ansur menurun.

"Akibatnya masyarakat menjadi lebih individualistik dan hubungan kekeluargaan semakin renggang. Bagaimanapun keadaan ini bukanlah sesuatu yang serius kerana masih lagi wujud keluarga luasan di Malaysia,'' katanya.

Zarina berkata, mengikut statistik Jabatan Perangkaan 1998, sebanyak 58 peratus penduduk berumur tinggal di dalam isi rumah keluarga luasan. Kajian-kajian tentang persepsi generasi muda terhadap warga tua yang dijalankan di UUM pula mendapati kebanyakan mereka melihat warga tua atau proses penuaan itu dalam keadaan positif.

Katanya, sebagai anak-anak, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. "Ia bukan sahaja tanggungjawab sosial tetapi ia adalah tuntutan agama. Anak-anak perlu menjaga ibu bapa mereka semasa ibu bapa mereka sihat seperti menjaga makan minum, pakaian, tempat tinggal selesa dan sebagainya".

"Menjaga ibu bapa ketika sakit, ketika diambang maut dan juga menguruskan jenazah ibu bapa juga tanggungjawab yang dituntut,'' katanya. Secara umumnya Zarina berpendapat, akta khas yang mewajibkan anak-anak menanggung sara hidup orang tua mereka masih tidak diperlukan buat masa ini.

Bagi beliau, kes pengabaian terhadap ibu bapa atau warga tua di negara ini belum berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan akta khas.

"Lagipun di dalam tuntutan agama ia cukup jelas yang menuntut kita sebagai anak dan masyarakat menjaga orang yang berumur. Namun, ini bukan bermakna isu penjagaan keatas warga tua harus dipandang ringan.

"Kita juga sudah mempunyai Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang menekankan kepada program-program untuk menggalakkan penjagaan warga tua di dalam keluarga mereka sendiri,'' katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, beberapa tindakan atau tanggungjawab lain perlu dilaksanakan secara bersama bukan hanya diletakkan tanggungjawab tersebut kepada penjaga informal di rumah.

Bantuan

Beliau mengakui, sekarang ini kerajaan menyediakan pelbagai bantuan, program, dan insentif kepada penjaga yang menjaga warga tua. Namun, ada segelintir anak-anak yang mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa mereka ke rumah-rumah orang tua dengan alasan sibuk bekerja dan sebagainya.

Ada juga anak-anak yang terdesak menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua kerana tekanan dan desakan ekonomi.

Memang ada anak-anak menjaga orang tua mereka dengan rela hati dan penuh kasih sayang sehingga kadang-kadang mereka sendiri mengalami tekanan secara sedar atau tidak. Tugas menjaga bukan sahaja memerlukan tenaga, tetapi masa, dan sumber kewangan yang cukup di samping menjalankan tanggungjawab sosial yang lain.

Oleh itu, penjaga perlu juga mengawal tahap tekanan mereka supaya kesihatan fizikal dan mental mereka dalam keadaan terkawal. "Jika penjaga sendiri mengalami masalah fizikal atau mental bagaimana mereka hendak menjalankan tanggungjawab yang murni ini. Silap langkah, mereka sendiri yang menjadi pendera atau pengabai terhadap warga tua,'' katanya.

Beliau memberi beberapa tip yang boleh membantu penjaga mengurangkan tekanan ketika menjaga warga tua terutamanya warga tua yang memerlukan jagaan sepenuhnya seperti sakit atau nyanyuk.

Antara cadangan boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pengabaian warga tua ialah; Menerapkan pendidikan tentang nilai-nilai kekeluargaan dan penjagaan warga tua di peringkat awal.

Sebagai contoh, melatih anak-anak yang masih muda rasa tanggungjawab dan sayang terhadap orang tua.

Selain itu, memperbanyakkan konsep penjagaan inter-generasi di mana agensi atau pusat penjagaan menyediakan penjagaan secara bersama iaitu pusat penjagaan untuk kanak-kanak dan warga tua.

"Dengan cara itu program atau aktiviti yang dijalankan boleh melibatkan warga tua dan kanak-kanak dapat memupuk rasa hormat dan sayang di antara mereka,'' katanya.

Dalam pada yang sama katanya, program-program atau insentif daripada kerajaan atau swasta untuk membantu penjagaan kepada penjaga perlu diwar-warkan agar mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

Perlu menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah.

"Maknanya kita tahu siapa yang menjaga siapa di dalam masyarakat,'' katanya. Pihak berkuasa tempatan pula katanya, harus membentuk dasar memberi keutamaan perumahan kepada penjaga yang menjaga ibu bapa yang tua, di samping mewujudkan struktur perumahan yang sesuai untuk ibu bapa yang tua di bandar.

"Kita mungkin boleh mengambil contoh negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, di mana mereka menyediakan perumahan atau bangunan untuk warga tua yang lebih suka hidup sendiri".

"Oleh itu, ibu bapa boleh tinggal di bandar berdekatan dengan anak-anak tetapi mungkin bukan di dalam satu rumah,'' katanya.

Majikan perlu katanya, perlu menyediakan persekitaran kerja yang lebih mesra kepada penjaga seperti waktu kerja yang fleksibel, sistem kerja dari rumah, atau ganjaran atau bantuan-bantuan kewangan yang lain.

 


 
 
Hakcipta © 2006 - 2007  Sekolah Menengah Teknik Gerik. Hakcipta Terpelihara