8248321 Sejak dibangunkan pada Jun 01 2006
*Random Tips on page load
|
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera…
MAHU IKUT NAFSU? IKUT TREND? ATAU IKUT POKET? Setiap agama punyai perayaan yang tersendiri. Jesteru kehadirannya pasti di sambut dengan begitu meriah. Pelbagai persiapan dilakukan sehingga bergolak – gadai, hutang piutang dan sebagainya demi perayaan tersebut. Apa, bergolok- gadai? Berhutang? Sanggupkah anda melakukan hal demikian semata –mata untuk persiapan perayaan anda? Adakah agama kita menuntut setiap umatnya bermewah – mewah dalam perbelanjaan menyambut perayaan? Fikirkan. Bagi Setiap penganut Kristian, pastinya kehadiran Hari Krismas dinanti dan di saat ketibaannya akan disambut dengan begitu meriah. Maklumlah sekali setahun . Saat, ini jugalah kita memperaga pakaian baru , maklumlah nak berjumpa dengan sanak saudara dan rakan taulan, kata orang setahun sekali. Pun begitu pernah kita terfikir apa manfaat yang diperolehi setelah memperuntukkan bajet lebih biasa untuk pakaian, perhiasan rumah dan sebagainya. Adakan anda akan diharga melalui anugerah tertentu? Arau ia sekadar memuaskan nafsu anda? Dalam situasi ekonomi dunia yang tidak menentu dek peperangan yang meletus di sana – sini, ada baiknya kita persiapakan diri untuk menghadapai sebarang kemerosotan ekonomi . (ingat kita alami kemerosotan ekonomi pada tahun 1987, hal yang sama berlaku pada tahun 1997.. tahun hadapan adalah tahun 2007… jaga – jaga!) Jangan Terikat Fenoma Perayaan Tidak dinafikan ramai yang berbelanja untuk hari krismas kerana “ terkena “ aura kemeriahannya. Ia mengundang seseorang untuk berbelanja lebih, langsung mengalpakan hari mendatang. Menyedari hakikat fenomena ini , kita seharusnya akur bahawa perayaan ini ada setiap tahun dan menyambutnya secara berlebih – lebih, bukan matlamat hidup kita dan ia tidak dituntut oleh agama . Segala persiapaan seharusnya dilakukan penuh kesederhanaan dan tidak membazir. Opsyen yang lebih murah Pengguna yang bijak , peka terhadap cara dan kaedah untuk menambah nilai wang yang dimiliki. Lebih tepat lagi mereka serasi dengan pepatah “ alah membeli menang memakai”. Di Negara kita, musim jualan murah diadakan tiga kali dalam setahun. Jesteru berlaku penurunan harga (meskinpun hanya sedit ) dalam tempoh masa ini. Jadi untuk tergolong dalam pengguna bijak , apa salahnya jika anda membeli persiapan perayaan waktu ini. Barangkali anda mampu dapatkan harga lebih murah berbanding kebiasannya . Jangan terlalu terikut dengan dunia fesyen yang sering berubah – ubah (Stategik penggiat dunia fesyen semata – mata) Re-Cycle Jika kerajaan dari dulu menyarankan agar masyarakat mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula, apa salahnya jika kita re-cycle pakaian atau perhiasan rumah yang telah digunakan pada tahun sebelumnya. Bukan sekadar menhimat duit tapi mengelakkan kepada anda dari sakit untuk membeli yang baru! Lagipun masa dapat dijimatkan Cut Cost! Segala – galanya. Baik dari segi perbelanjaan ke atas juadah hari krismas, pakaian , perhiasan rumah hinggalah ke hadiah. Anda harus sedar bahawa kita berada dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Jadikan sebagai alasan kepada pihak ketiga (Terutama budak – budak ) Kenapa anda mengambil langkah sedemikian. Janganlah bajet yang berjaya dijimatkan disalurkan ke bajet lain pula, masuk tabung! Elak guna kad kredit Satu perkara yang diakui ramai bahawa banyak golongan eksekutif muda “ teperangkap dengan penggunana kad keredit. Tidak kurang juga yang telah disenaraikan hitam akibat gagal bayar hutang yang dibelanjakan . Sebolehnya elak dari guna kad kredit sewaktu anda shopping perayaan. Penggunaan kad kredit mendorong kita berbelanja lebih. Lakukan bajet awal sebelum ke pusat beli belah. Kalau boleh, jangan bawa kad kredit. Jangan window – shopping Aktiviti window – shopping antara acara kegemaran kita sebelum perayaan.Namun sedarkah aktiviti sedemikian seakan menggalakan diri anda untuk berbelanja, terutama sewaktu gaji sudah masuk. Kata orang, mula- mula tengok kemudian berkena dan akhirnya dimiliki(beli) .Rasannya masih banyak lokasi yang boleh anda kunjungi bagi mengisi kekosongan waktu. Gunakan Pengangkutan awam Kongsi kereta atau guna pengangkutan awam seperti bas, keretapi atau kala terbang. Apa… naik bas tak ada kelas? Kalai demikian anda boleh naik kapal terbang, tiket Air-Asia rasanya mampu dinikmati semua…” now every one can fly”! jika anda pilih untuk guna pengangkutan awam, maka persiapanya haru diawalkan terutama untuk mendapatkan tiket, Kalau boleh , sebelum bulan puasa. Perancangan Awal Rancanglah segala perancangan
anda sama ada untuk membeli belah, balik kampong , berkunjung ke rumah
sanak saudara dan sebagainya. Perancangan awal akan mambantu bajet dan
masa anda berada di landasan yang terbaik dan di bawah kawalan.
Anda boleh download risalah
secara Percuma Tentang tip pengguna ini. Semua bahan dalam PDF.
Sumber dari
mymoneyskills.com
KES SOFA YANG DITEMPAH DARI ITALI Mazira telah menempah satu set sofa berharga RM9,500 daripada syarikat B yang mana sofa tersebut diimport dari itali dengan membuat pembayaran sebanyak RM10,000 termasuk kos pengangkutan Mengikut syarikat tersebut, sofa tersebut akan diserahkan kepad Mazita dalam masa enam bulan selepas membuat tempahan. Bagaimapun, selepas hampir satu tahun , set sofa tersebut masih belum tiba dari itali walaupun Mazura relah berkali - kali mendesak agar penghantaran dipercepatkan. Akibat kecewa dan rasa tertipu ,beliau telah membua tuntuntan tribunal untuk membatalkan tempahan dari syarikat B dan wang dikembalikan bersama dengan RM130 untuk kos. Syarikat B enggan membatalkan tempahan tersebut dengan alasan mereka telah membuat tempahan dari itali AWARD: Borang 5 kerana
Syarikat B tidak memfailkan pembelaan. Syarikat B dikehendaki membayar
wang sebanyak RM10,000 dan RM130 sebagai kos dalam tempoh 14 hari dari
akhir award kepada Mazira
PEMBELI DAN KERETA BARU
SURI telah melawat sebuah pusat pameran kereta dan tertarik dengan sebuah model kereta. Beliau menyatakan persetujuan untuk membeli dan membayar pendahuluan. Selepas seminggu, Suri telah dihubungi oleh wakil penjual dan menyatakan kereta yang di-tempah kehabisan stok. Stok bagi model tesebut dinaikkan harga ekoran tambahan pelbagai aksesori. Suri enggan membeli kereta stok baru dan menuntut kembali wang pendahuluanya kerana ia adalah kegagalan pihak pengedar untuk menyediakan kereta yang ditemah. Pihak pengedar enggan memulangkan wang deposit tersebut dan meminta Suri mencari pengganti lain yang mahukan kereta tersebut. Akhirnya suri memfailkan tuntutan di Pejabat Tribunal AWARD: Award Borang 9, Pengedar kereta tersebut bersetuju memulangkan wang pendahuluan sebanyak RM3,000 kepada suri
Nota: Peratus penduduk dewasa
yang memakan makanan segera yang dibawa pulang sekurang - kurangnya sekali
seminggu
Kuala Lumpur, September 9, 2006 - Bimbang dakwaaan minyak yang digunakan dikatakan tidak halal, pergurusan syarikat roti jenama High 5 yang mempunyai kilang beroperasi di Kawasan Perindustrian Nilai tampil memberi kenyatataan semalam. Ia mengulas pendedahan KOSMO! dan media pada Khamis lalu mengenai sebuah kilang roti di Nilai yang menggunakan sejenis minyak diimport dari Jerman yang hanya disahkan Kosher, agensi Yahudi Pengarah Silver Bird Group Berhad, Azlan Abas dalam kenyataan yang difakskan kepada KOSMO! semalam berkata, minyak itu adalah pangasing acuan roti TRENNAKTIV PR100 yang halal digunakan. “Ia minyak dari Jerman, digunakan sebagai ejen pengasing pada acuan roti sebelum dibakar dan ia bukan sebahagian dari ramuan High 5”, katanya. Beliau mendakwa, TRENNAKTIV PR100 digunakan secara meluas dalam industri makanan tempatan dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Tambah Azlan, pembekal utama minyak masak produk roti itu ialah Federal Flour Mills. Sementara itu, jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberitahu, pada botol minyak tersebut tidak terdapat sebarang tanda halal. “Botol minyak itu tiada paparan tanda ‘Ditanggung Halal’ serta tiada logo halal dari Jakim,” katanya ketika dihubungi KOSMO! Sehubungan itu, sample minyak itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk diperiksa sama ada ia selamat digunakan atau mempunyai gelatin berbahaya. Menurutnya, keputusan ujian yang dijalankan ke atas minyak itu akan diketahui dalam masa dua minggu lagi. Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan sedia mengeluarkan arahan tutup selama-lamanya kepada kilang itu jika pengurusannya gagal meningkatkan tahap kebersihan. Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Rosmah Ismail ketika dihubungi semalam berkata, tindakan keras itu berbanding notis henti operasi dua minggu yang dikenakan, akan dilaksanakan jika kilang itu tidak mencapai mata 65 per 100 dalam kiraan pernilaian tahap kebersihan. Khamis lalu, KOSMO! mendedahkan kilang roti popular dua jenama itu diarahkan tutup secara sukarela selama dua minggu atas kesalahan tidak mematuhi peratus kebersihan yang ditetapkan. Kilang yang beroperasi
di Kawasan Perindustrian Nilai itu hanya mendapat mata 45.9 per 100 dalam
penilaian jabatan itu dalam satu operasi bersepadu di situ.
Menawar sengat lebah
Belajar membaca ketika
memasak
Menyejukkan kek
KERAJAAN telah menaikan harga runcit minyak petrol diesel dan gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen mulai 28 Febuari 2006. Langkah ini bagi mengurangkan jumlah subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan akibat daripada harga bahan api tersebut dipasaran antarabangsa yang tinggi pada masa ini. Berikut daripada kenaikan tersebut, harga baru bagi bahan api petrol, diesel dan LPG untuk semenanjung Malaysia adalah seperti berikut Dengan menaikan harga runcit bahan api ini, kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM4.4 billion. Sekiranya harga runcit bahan api ini tidak dinaikan, dijangkan pada tahun 2006, kerajaan terpaksa menangung sebanyak RM17.29 billion dalam bentuk subsidi dan pengecualian cukai. Biarpun begitu, dengan itu kerajaan masih menanggung subsudi dan pengecualian cukai sebanyak RM12.69 billion. Bagi gas petroleum cecair (gas masak) pulak, walaupun harganya dinaikan sebanyak 30 sen, namun harga sebenar bahan tersebut adalah hampir 2 kali ganda lebih tinggi. Ini boleh dilihatkan daripada gambarajah dibawah. Dalam pada itu kerajaan telah meluluskan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkuan Awam dengan peruntukan sebanyak RM4.4 bilion ( iaitu jumlah subsidi yang dijimatkan daripada kenaikan harga bahan api). Dana ini akan digunakan untuk membiayai projek meningkat mutu pengangkutan awam, iaitu menambahbaikan sistem intergrasi pengangkutan awam termasuk bas, sistem transit aliran ringan (LRT), monorel dan komunter di Lembah Klang serta sistem pengangkutan diseluruh negara. Langkah ini bagi meringankan beban kos pengangkutan yang dihadapi oleh orang ramai akibat kenaikan harga bahan api. Dengan penambaikan sistem pengangkutan awam, orang ramai mempunyai pilihan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk melakukan perjalanan mereka. Dalam usaha untuk memastikan bahawa diesel subsidi sampai kepada sasaranya, kerajaan telah memperkenalkan penggunaan Fleet-CARD. Melalyu kad ini, seramai 87,000 pemegang lesen pengangkutan awam yang memiliki kelbih 285,000 kenderaan , layak menikmati harga subsidi diesel , RM1.43 selitar. Surat tawaran yang diedarkan kepada mereka yang layak menerima subsudi berkenaan. Pengusaha terbabit terbabit dikehendaki memilik antara enam syarikat minyak untuk mendaftar dan membuka akaun masing masing bagi membolehkan mereka membeli diesel pada harga subsudi. Pemegang kad pintar terbabit layak membeli diesel pada harga RM1.43 selitar iaitu 15 sen lebih murah berbanding kadar baru yang ditetapkan kerajaan pada RM1.58 selitar. Penggunaan kad pintar ini dipercepatkan bagi mengawal harga barang dan perkhidmatan supaya tidak turut naik sehingga membebankan pengguna. Penggunaan sistem kad pintar itu dibuat sebagai usaha kerajaan mengurangkan beban subsidi bagi produk petroleum. Sepanjang tahun saja, kerajaan terpaksa menanggung beban subsudi bernilai RM7.41 billion manakala pengecualian cukai RM7.85 billion, selain kos menangani masalah penyeludukan serta penyelewengan . Pihak yang menerima surat tawaran berkenaan sepatutnya tidak melengah-lengahkan masa mendaftara bagi membolehkan mereka menikmati harga subsidi diesel itu. Walaupun harga minyak dinaikan 30 sen selitar pada 28 Febuari 2006, kerajaan masih meneruskan dasarnya untuk memperuntukkan subsidi bagi keseluruhan harga bahan api itu. Kerajaan ini aiatu pada 1
Januari 2006, kerajaan telah melaksanakan E-diesel SMart Card yang merupkan
sistem subsidi minyak diesel kepada 18,000 nelayan untuk membeli diesel
di jeti - jeti persatuan nelayan kawasan yang telah diluluskan . Dengan
menggunakan kad ini, nelayan yang berdaftar dengan Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) layak untuk membeli diesel pada kadar RM1 seliter
KOPERASI CEMERLANG … SEKOLAH GEMILANG KOPERASI Sekolah Menengah Tenik Gerik yang mula beroperasi pada tahun 2000 merupakan koperasi yang semakin menyerlah terutama dari segi pendapatan tahunannya. Koperasi sekolah ini juga telah mendaftar menyertai ANGKASA pada tahun 200. Menurut Setiausaha,
Puan Kamasuriati, Anggota Lembaga Koperai (ALK) , beliau masih baru bertatih
di dunia koperasi. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari dan diteliti
untuk mencapai satu tahap memuaskan.
Setelah menghadiri krusus wajib ALK tidak lama dulu, saya cukup teratik hati dengan khidmat yang ANGKASA tawatkan terutama kepada kopeasi sekolah seperti kami disini, ujarnya. Bendahhari, Pn. Norhayati Hashim turut bersetuju dengan pendapat tersebut. Pihaknya juga sedang merancang untuk mengundang pegawai ANGKASA menyertai program hari terbuku sekolah seperti krusus asas dan jati diri koperasi. Ia juga merupakan salah satu agenda yang tersemat dalam takwin tahunan koperasi sekolah ini. Selain itu, pihaknya
juga berharap ANGKASA memberi perhatian lebih serius terhadap mereka sebagai
sebuah koperai yang baru bertapak . Banyak panduan dan pengalaman daripada
pihak ANGKASA diperlukan untuk memastikan perjalanan kegiatan koperasi
ini seiring dengan kehendak dan aspirasi gerakan koperasi di Malsysia terutama
koperasi sekolah.
Koperasi sekolah yang
dianggotai 450 orang murid dan 25 orang guru ini beroperasi seperti mana
koperasi sekolah – sekolah yang lain. Jualan alat tulis, buku – buku ,
keperluan asrama dan sebagainya menjadi keutamanan koperasi.
Guru – guru ALK juga
menyatakan minat unruk bergiat cergas dalam kuiz Hari Koperasi Sekolah
dan permainan pentanq. Alah,perancangan telah dibuat untuk membina padang
pentanq serta melatih skuad petanq sekolah untuk bertanding di HKS musim
akan dating. Begitu juga dengan kuiz HKS yang dilihat sebagai satu landasan
terbaik unruk memupuk minat pelajar untuk berkoperasi
|
|
KM4,JLN KUALA RUI, 33300 GERIK PERAK Tel: 05-7916288 / 05-7916488 Faks:05-7916588 email: pengguna@semetrik.com |
|
|